Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jika mulia, tekanlah ads aku. :)
Setiap kali jejak kaki atas marble putih ini. Sejuk. Nyaman. Enak sungguh perasaan ini. Jika dahulu bila pijak, semangat untuk berlari datang berkuap-kuap. Rasa nak melonjak. Rasa nak melompat. Sungguh selesa pijak atas marble putih sejuk ini. Entah marble itu keluaran mana aku tak tahu.
Bila pijak saja, terus 'dum dum dum dum dum' berlari. Laju sekencang kuda belang. Rasa macam akulah raja malam itu.
Dahulu bila tiba sahaja. Aku pergi riki tempat2. Riki kawan2 dahulu. Siapa nak team siapa malam itu. Siapa polis, siapa pencuri. Riki Pengawal keselamatan. riki line. Riki lighter ada ke tidak. Macam2 riki. Kena datang awal. Sebab nak riki semuanya.
Dahulu akal pendek lagi. Nafsu je panjang. Bersama dengan semangat tak kalah. Panjang. Lompat dari tiang batu entrance itu yang hampir setinggi setingkat. Sekadar nak membuktikan aku ni juara. Lawan lompat. Lagi tinggi dan tinggi. Aku juara. Kau tu tak ada apa. Kau tak berani lompat.
Dahulu mama aku pergi, balik berpeluh2. Aku juga pergi, balik berpeluh2 juga. Berpura2. Panas. Penat, ramai sangat orang. Sebab tu peluh. Mama aku bangga je. sampai satu insiden itu. insiden tak dapat diceritakan buat masa kini. hehe.
Huh, ini semua dahulu. Sekarang ni, Alhamdulillah. Bila masuk je masjid Al-Azim, lambang kemegahan orang Melaka. Aku cuba solat terawih sungguh2. Semoga segala niat berubah tak macam dulu lagi. Dulu kecik, sekarang dah besar.
Maka, semoga segala kemanisan dan kenikmatan ibadah dalam bulan Ramadhan ini dapat menyentuh hati-hati kita. Amin.
Yang dirindui,
-ReverieMalaya-
yg dirindui
ReplyDeleteweewitt. mmg dirindui pown. hehe.
bgus2..wes..riki 2 ape?
ReplyDeleteSELAMAT BERpuasA,
ReplyDelete:D
selamat menjalani ibadah puasa dengan tenang yea... =D
ReplyDeleteapa kah riki wahai incik reverie?
aku baru blaja perkataan riki tuh, and kau guna. haha!
ReplyDeleteselamat berpuasa reverie.
last puasa di sini before ke warwick kan?
Puasa la sungguh2..
yang rindu,
Luna :p
suehanna:
ReplyDelete=)
nabila:
riki tu usha line la. hehe
Selusur dunia indah:
terima kasih. sama buat kamu. =)
sha2:
sama2 riki tu usha line. hehe
Luna:
aah. nanti 2 tahun kat sana. huhu. =)
bagus aish aku sokong ko.
ReplyDelete