Sememangnya sejak zahir lagi. Pelbagai slogan-slogan telah diterapkan sebagai menyamai sikap ataupun perangai kaum melayu.
Slogan-slogan seperti Melayu mudah lupa. Melayu bersatu. hidup Melayu. Semuanya membawa pengertian sendiri kepada diri kaum2 Melayu. Tetapi interpretasinya mungkin berbeza mengikut taraf iq dan eq orang tersebut.
Contohnya mungkin remaja Melayu yang hisap dadah menginterpretasikan Melayu bersatu sebagai satu tanda untuk mereka bersatu hisap dadah dan usaha agar tidak dikesan oleh pihak berkuasa. Begitu juga munkin terjemahan itu berbeza bagi Melayu entrepreneur kerana bagi mereka melayu bersatu adalah mewujudkan satu konsortium perniagaan agar mereka boleh ebrsatu dan saling membantu untuk menjadi lebih baik.
Begitu juga 'connotation' yang positif boleh bertukar menjadi negatif. Seperti slogan Melayu Boleh. Ditukar erti menjadi kegunaan untuk satu web yang memang disahkan ketulenan Melayunya.
Namun bagi aku, Melayu ini satu bangsa yang serba boleh. Lihatlah contoh dibawah:
Daripada berkebaya, ke memakai pakaian eksekutif atau berskirt.
Daripada memakai timun dan memakan jamu, ke Nivea, Biore, Clinique dan sebagainya.
Daripada bedak sejuk dan celak besi, ke make-up yang 'fullamak top nye dia'.
Daripada macam-macam lagi, ke macam-macam lagi yang malas hendak disebut memandangkan waktu berbuka hampir tiba.
Namun satu je aku pelik. Satu ni tak berubah. Kita tonton drama Melayu ye. Wanita2 eksekutif. Wanita2 seksi berskirt ini. Minum di starbuck paling rendah pun. Memakai pakaian berjenama. Lelaki2 korporat yang berbincang bisnes di kelab-kelab karaoke bilik ber sugar mummy.
Semuanya berubah mengikut peredaran zaman. Daripada apa yang orang gelar 'melayu kolot' sehingga ke 'melayu moden' (KONONNYA) sekarang.
Tapi bila kita tengok dan dengar balik perbualan mereka. Semua tak lari daripada pasal busuk hati sana. tikam belakang sini. Lontar batu sembunyi tangan sinun.
Maka persoalannya, macam-macam berubah. Namun sikap dengki melayu itu masih belum berubah. Kenapa?
*Tak percaya cuba kau tonton drama2 melayu korporat bisnes juta2.
Yang menunggu untuk berbuka puasa,
-ReverieMalaya-
tahu.
ReplyDeletethat's why ayah tak bagi tengok drama melayu korporat bagai tu.
cliche, katanya. orang melayu tak habis nak gulingkan orang tu, rampas hak orang ni, tikam sana tikam sini.
macam takde plot lain.
hm.
ReplyDeleteaku tataw nak komen apa.
aku nak komen kat post lepas tapi tenet problem.
heh, ko kat warwick ti jg diri okeh, puasa puas2 kat malaysia.
kat sana ti ta de da makanan melayu~
jom bersatu buka puasa sama2?
yg melayu baca ni sama2 la ubah ya
ReplyDeleteha'ah..2lah..byk tul cte kite sal bisnes2..kau bli aku, aku bli kau..cm cte indon gak..knape lah nk tunjuk sgt kebusukan hati para2 rakyat?
ReplyDeleteini aku setuju..
ReplyDeletementaliti dan perangai meman xpnh berubah..
sbb itu bibit laungan utk menuntut perubahan kini kedengaran?..
Liz:
ReplyDeleteMy parents pun tak galakkan. sama la for the same reason. =)
Luna:
Thanks. Di sana ramai Malaysians dan masakan Malaysia. tak perlu dirisaukan tentang makanan. =)
joe:
mari. =)
Nabieyla:
cerita indon pun sama. Lagi kuat busuk hati. haha.
bijen:
laungan macam mana yang kau maksudkan ni? aku tak faham.
adakah cerita setem juga tergolong dalam citer busuk ati???
ReplyDeletehahahaha..
Cpat g shopping, mega sale hampir tamat!
betul la sgt..dah lame x tgk drama melayu pon..jalan cerita pun dh taw..xyah tgk smpi abis..
ReplyDeleteanyway,dulu rajin gak update, skrg kurg skit eh...
Betul3....!! ~gaya comel Upin and Ipin...~
ReplyDeleteSelalu jadi camtue, sebnanya tgk kat alam nyata pun memang macam tue...
Duit yang tak banyak pun direbutkan seolah-olah duit bleh bawak smp mati...
Adeh.....Melayu ku.... sedarlah..
p/s : Saya pernah dengar ada melayu kata kerana duit boleh membunuh....
dodu:
ReplyDeleteaku tak leh shopping sekarang la. huhu.
att:
aah. aah. sekarang nafsu online kurang. haha. =)
PbW:
kerana duit boleh membunuh?? huh. tragik betul orang cam tu.
-ReverieMalaya-