Friday, September 14, 2012

Kickstarter Creative Projects

Homaigod. Kickstarter.com is sooo cooooooool.

It is where independent creative projects from all around the world being put up for people to see. Then these projects will have pledges where people can give money in exchange for things. For example, you can pledge $1 to show your support to the item or pledge up until few thousands and receive the item products in return.

It's like a place for people with creative ideas to put up their ideas/ products/ projects and let other citizens of the world see and support them if they like. With this kind of website, it links us to the rest of our fellow earthlings!

Have a look at this:

Boosted Board: The World's Lightest Electric Vehicle.

Cheers!

Thursday, September 13, 2012

Panel Penilai New Education Blueprint Malaysia

Panel Penilai Bebas Malaysia
Panel Penilai Bebas Malaysia terdiri daripada 12 orang ahli, dipilih untuk mendapatkan pandangan daripada sektor akademik dan swasta.
Ahli panel yang dilantik adalah:
Prof. Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Razak, Pengerusi Panel, Naib Canselor, Universiti Antarabangsa Albukhary
Tan Sri Anthony Francis Fernandes, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Berhad
Tan Sri Dato Azman Hj Mokhtar, Pengarah Urusan, Khazanah Nasional Berhad
Tan Sri Dato Seri Dr. Jeffrey Cheah, Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway
Prof. Tan Sri Dato Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia
Tan Sri Zarinah Anwar, Mantan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Prof. Dato Dr. Ab Rahim Selamat, Mantan Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Selangor; Mantan Pengarah, Institut Aminuddin Baki & Tokoh Guru

Lima orang ahli panel tambahan telah dilantik dalam fasa kedua penyediaan Pelan Pembangunan ini. Ahli panel tersebut adalah:
Prof. Tan Sri Dr. Mohd Kamal Hassan, Profesor Ulung, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Datu Dr. Haji Adi Badiozaman Tuah, Pengarah, Biro Perkhidmatan Pendidikan, Majli Agama Islam Sarawak
Ir. Prof. Dato’ Dr. Chuah Hean Teik, Presiden, Universiti Tunku Abdul Rahman
Prof. Dr. Rajendran A/L Nagappan, Penyelaras, Pelan Tindakan Masa Hadapan Sekolah Tamil, Jabatan Perdana
Menteri
Dr. Hj. Abdul Kadir Hj. Rosline, Rektor, Universiti Teknologi MARA Sabah

Panel Penilaian Bebas Antarabangsa
Empat orang panel antarabangsa yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendidikan telah dilantik untuk memberikan khidmat kepakaran dan pandangan mengenai Pelan ini. Panel antarabangsa
yang dilantik adalah:
Dr. Andreas Schleicher, Ketua, Analisis dan Indikator, OECD: menyediakan kepakaran global dan pandangan tentang kajian semula sistem pendidikan, dan amalan terbaik daripada usaha transformasi sistem pendidikan negara lain;
Dr Byong-man Ahn, Mantan Menteri Pendidikan Korea Selatan: memberikan pandangan daripada pengalaman
menerajui sistem pendidikan dan transformasi sistem pendidikan Korea;
Professor Michael Fullan, Penasihat Khas kepada Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Ontario, Kanada: memberikan pandangan mengenai usaha melaksanakan transformasi pendidikan peringkat global dan daripada pengalaman yang mendalam menerajui transformasi sistem pendidikan di Ontario; dan
Professor Sing Kong Lee, Pengarah, Institut Pendidikan Kebangsaan (NIE), Singapura: memberikan pandangan daripada pengalaman melaksanakan reformasi pendidikan di Singapura, dan kepakaran mengenai pembangunan profesionalisme guru dan pemimpin sekolah;

Panduan dan idea yang diberikan oleh mereka, dijadikan input yang objektif daripada pihak luar kepada Kementerian dalam meningkatkan kemantapan proses kajian semula pendidikan dan pembangunan Pelan Pendidikan Pendidikan secara menyeluruh.

Makmal Pendidikan;
Ketua-ketua makmal pendidikan tersebut adalah:
Dr. Ranjit Singh Gill, Pengarah, English Language Teaching Centre
Dr. Azian T.S. Abdullah, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum
Dr. Soon Seng Thah, Timbalan Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan
Dr. Mehander Singh Nahar Singh, Timbalan Pengarah, Institut Perguruan Guru Kampus Raja Melewar
Hj. Aminuddin Adam, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
▪▪ Hj. Zainudin Abas, Timbalan Pengarah, Bahagian Sukan
Hjh. Fatimah Othman, Timbalan Pengarah, Bahagian Pendidikan Guru

Asiah Hamzah, Pegawai Pelajaran Daerah, Pekan, Pahang
▪▪ Dr. Hj. Ahmad Rafee Che Kassim, Ketua Pusat Pengurusan Teknologi, Institut Aminuddin Baki

Saturday, September 08, 2012

We've stopped living as human

There is no need for pressure
Not a need to challenge one another
We're sent to live
To support and give
When someone gets lost
Another comes and give direction
We've been turned away from the meaning of life
Of humanity
And we suffered
because we have stopped living as human

Lie down, take a break, listen and start to reinterpret your meaning of life.

Tuesday, September 04, 2012

Mendefinisikan semula asas pendidikan negara — Zul Fikri Zamir Mohamad Munir dan Anas Alam Faizli


4 SEPT — 31 Ogos 2012 ini genap 55 tahun Malaysia merdeka. Bukan sedikit perubahan dasar dan polisi pendidikan telah dilaksanakan. 
Sebelum merdeka kita bermula dengan sistem pendidikan yang berasingan dengan sekolah-sekolah pondok, madrasah dan vernakular mengikut bangsa. Laporan Barnes kemudiannya cuba mencadangkan satu sistem pendidikan yang lebih menyeluruh di mana semuanya digabungkan di bawah satu sistem. Ini kemudian dicabar oleh Jawatankuasa Fenn Wu yang mengatakan Barnes tidak mengambil kira masyarakat Cina dan India. 
Di akhir penjajahan British segolongan orang Melayu yang terpelajar telah memulakan gerakan untuk menuntut kepada perubahan dasar pendidikan negara. Aspirasi mereka untuk melihat suatu sistem pendidikan yang lebih mementingkan pembinaan modal insan negara. Hasil daripada ini lahirlah Penyata Razak yang dipimpin oleh Tun Razak dan dianggotai beberapa pimpinan negara dan perintis pendidikan waktu itu.  
Objektif jawatankuasa ini adalah untuk menubuhkan sebuah dasar pendidikan negara yang bakal menjadi teras untuk memacu perkembangan budaya, sosial, ekonomi dan politik tanah air dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Penyata ini disambung oleh Laporan Rahman Talib yang kemudiannya melahirkan Akta Pendidikan 1961 yang kemudiannya dengan penambahbaikan pada tahun 1995 dan 1996 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengambil kira perubahan-perubahan zaman dan aspirasi untuk menongkah arus perubahan kurun ke 21. 
Stereotaip masyarakat dan pendidikan
Menjelang 55 tahun Merdeka, satu perkara yang tidak dapat disangkal ialah mentaliti masyarakat berkenaan pencapaian akademik. Akademik, di dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) hanya mencakupi aspek Intelek, satu dari lima cita-cita besar pendidikan negara iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Sosial. 
Di Malaysia, strereotaip masyarakat telah menyebabkan sekolah-sekolah menjadi kilang perusahaan target-target A. Bermula di sekolah rendah, anak-anak diajar pendidikan ialah pencapaian terhadap A, sebuah target ilusi kepada kehidupan. Menjelang Julai setiap tahun, sekolah di seluruh negara akan berlumba-lumba menghasilkan murid “straight A”; menyebabkan ukuran hasil pendidikan terhad kepada aspek Intelek melalui peperiksaan bertulis sahaja.
Sekolah yang fungsi asalnya untuk mengajar tentang kehidupan telah membiarkan anak-anak ini kosong Jasmani, Emosi, Rohani dan Sosialnya. Ini menyebabkan generasi Y di bangku sekolah kini  bersikap material, ilmu hanya cukup buat dirinya sendiri dan bukan untuk masyarakat. Sebelas straight As, masuk universiti, kerja bagus dan hidup senang lenang. Adakah maksud pendidikan terhad hanya kepada definisi sesempit ini? Sudah sampai masanya pendidikan dan asas pendidikan di Malaysia diberi definisi baharu.
Peradaban hebat sejarah manusia telah melihat bagaimana ilmu pengetahuan telah dialih milik daripada Tamadun Yunani, Tamadun Islam Umaiyyah, Abbasiyyah, Othmaniyyah dan akhirnya ke tangan Tamadun Eropah dan Barat. Satu-satunya sebab tamadun-tamadun ini mampu berkembang dan bertahan lama pada zamannya adalah kerana pendidikan dan ilmu pengetahuan. Berbanding Empayar Mongol yang satu ketika dahulu pernah menjajah sebahagian besar dunia, sikap tidak peduli ilmu telah menyebabkan dunia mengenali Empayar Mongol hanya tidak lebih sebagai sejarah.
Definisi semula asas pendidikan 
Omar Nakib (2006) di dalam bukunya “Malik Bennabi’s Approach to Educational Problems In The Muslims World” menyatakan Malik Bennabi menekankan masalah utama pendidikan di dunia Islam ialah peradaban. Menurutnya, asas falsafah Malik Bennabi terutamanya terhadap projek memperkasakan ummah ialah elemen major di dalam asas tersebut iaitu sifat semulajadi manusia, sifat semulajadi masyarakat, sifat semulajadi ilmu dan sifat semulajadi tujuan pendidikan. 
Omar Nakib kemudiannya menjelaskan Malik Bennabi melihat konsep pendidikan sebagai tunjang terhadap peradaban manusia. Malik Bennabi menjelaskan secara spesifik tentang fungsi pendidikan sebagai cubaan untuk memenuhi keperluan personaliti individu dan masyarakat, termasuk elemen yang perlu terhadap proses pendidikan, tujuan dan maknanya. Pendidikan menurut Malik Bennabi haruslah usaha berterusan untuk membina peradaban, di akhir tujuan pendidikan ialah untuk mencapai peradaban. 
Konseptual Malik Bennabi terhadap masalah pendidikan bertitik tolak dari pandangan holistiknya terhadap dilema Muslim masa kini. Omar Nakib menjelaskan pandangan Malik Bennabi terhadap perkaitan di antara konsep pendidikan dan misi masyarakat berasal dari perspektif al-Quran. Menurutnya Malik Bennabi berpendapat, pendidikan bukan sahaja proses pembinaan personaliti insan dengan tujuan yang terhad sebaliknya sebagai proses membina peradaban manusia. Konseptual ini melihat pemahaman sejarah peradaban manusia sebagai hukum-hakam yang akan menentukan naik dan turunnya sesebuah peradaban (Omar Nakib, 2006).
Malik Bennabi (1905-1973), tokoh Islam par excellence kelahiran Constantine, Algeria, telah menghabiskan usianya dalam mencari punca masalah kemunduran umat Islam masa dengan menukilkan sebuah formula asas kepada peradaban iaitu; Manusia (Insan) + Tanah (Turab) + Waktu (Waqt) = Peradaban (Hadarah). Ahmad Nabil Amir (2012) di dalam makalahnya “Malik Bennabi dan Falsafah Tajdid” kemudian menjelaskan manusia, tanah dan waktu sahaja tidak akan memungkinkan peradaban itu untuk berlaku. Ia memerlukan agama dan idea untuk meransang persamaan itu untuk berlaku.
Ahmad Nabil Amir kemudiannya menjelaskan lagi, Malik Bennabi memberi contoh kehancuran negara Jerman ketika perang dunia kedua dan kehilangan wilayah kebendaan untuk seketika (realm of things). Tetapi Jerman kemudiannya berjaya membina semula “realm of things”-nya kerana peradaban diransang oleh “realm of ideas”. 
Berkait hal ini, Malik Bennabi kerap menegaskan dilema negara kurang maju kerana mereka menganjurkan peradaban kebendaan (hadarah shahiyya) yang bersandarkan pemupukan harta benda, bukannya idea, yang hanya dapat dicapai melalui pendidikan. Malek Bennabi, walaupun latar belakangnya kejuruteraan, menumpukan sepenuh hidupnya mencetuskan semula rasionalisme Ibn Khaldun melalui tulisan seputar sains sosial, sejarah dan tamadun.
“Jalan pulang” ke fungsi asal pendidikan
Kini timbul persoalan baharu. Apakah fungsi sebenar pendidikan? Di Malaysia, pendidikan didefinisikan sebagai pencapaian akademik atau merit. Anak-anak ke sekolah untuk mencapai “A” yang berderet. Adalah dipercayai “A” yang berderet-deret ini akan membantu menghantarnya ke universiti lantas menyelesaikan masalah hidupnya di masa depan.
Malangnya di dunia global, individu seperti Bill Gates (pengasas Microsoft), Steve Jobs (pengasas Apple), Michael Dell (pengasas Dell) ataupun Mark Zuckerberg (pengasas Facebook) tidak pun manghabiskan pengajian mereka di universiti. Namun keempat-empat individu di atas bukan sahaja berjaya di dalam bidang masing-masing. Mereka bahkan membina sebuah peradaban teknologi baharu lantas menyumbang kepada manusia dengan merevolusi dan merubah gaya kehidupan di dunia ini. 
Konsep pendidikan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia harus segera berubah. Ganjaran material yang dibaiah kepada sekolah yang mencapai pencapaian menakjubkan di dalam bidang akademik harus segera dimansuhkan. Pendidikan di sekolah harus segera berorientasikan pembinaan individu yang lebih holistik. Tak mungkin seorang anak berbakat seni yang besar dipaksakan oleh masyarakat ke dalam bidang sains kejuruteraan. Tidak adil seorang anak berbakat sastera yang besar dipaksakan oleh masyarakat menjadi produk teknologi perubatan. 
Pendidikan harus bersifat menyeronokkan. Anak-anak harus merasa teruja ke sekolah, bukan kerana selalu mendapat banyak A. Tetapi mereka ke sekolah kerana sifat ingin tahu, kerana percaya diri mereka akan sentiasa mempelajari sesuatu yang baharu tentang dunia, tentang perkara yang tidak mereka pernah ketahui sebelum ini. Sekolah adalah institusi mulia untuk proses pertanyaan dan pencarian ilmu, bukan sebuah makmal hafalan ilmu-ilmu sedia ada yang skripnya telah disediakan oleh guru semata-mata untuk lulus peperiksaan. 
“In trend” masa kini iaitu ibu-bapa yang mahukan anak mereka menjadi doktor ataupun jurutera terutama jika mereka berjaya mendapat bilangan A yang banyak di dalam peperiksaan harus segera diubah. Lantarannya, semua pelajar-pelajar ini dipaksa memasuki bidang bukan menurut minat mereka. Hasilnya, mereka yang tidak mendapat bilangan A yang banyak mengambil jurusan pengurusan mahupun agama. Sekolah sepatutnya menjadi tempat di mana anak-anak belajar untuk mempercayai dirinya sendiri sehingga percaya kepada kemampuan dan minatnya melalui pengasahan bakat secara konsisten selama sebelas tahun bermula Tahun Satu sehingga tamatnya Tingkatan Lima.
Muhammad SAW menghabiskan masa selama 13 tahun untuk mendidik anak-anak muridnya (sahabah) dengan ilmu akidah dan tauhid kepada tuhan. Beliau membina satu kepercayaan yang utuh di dalam jiwa-jiwa manusia ini. Apabila kepercayaan yang kukuh ini telah terbina, konsep-konsep fiqah dan ibadah yang lain dengan mudah di ikuti oleh mereka. Bayangkan bagaimana arak yang telah menjadi sebati dalam hidup mereka dibuang dan dan dilimpahkan sebaik ia diumumkan haram? Konsep yang sama perlu di gunakan dalam pendidikan. Budaya cintakan ilmu dan kritis harus di semai, di tanam dan di sebatikan ke dalam anak-anak ini.
Benarkan mereka bertanya dan Mars Rover Curiosity
Perubahan polisi pendidikan perlu dilihat dari konteks sejarah. Impak perubahan polisi-polisi ini perlu dilihat bukan sahaja kepada anak-anak secara keseluruhan, tetapi juga kepada masyarakat. Lulus peperiksaan adalah satu pencapaian, tetapi jika mendapat A adalah bonus kepada pencapaian tersebut. Namun gagal peperiksaan harus dirai sebagai sebuah percubaan, bukan sebagai petunjuk kegagalan hidupnya.
Kemahiran “membaca, menulis, mengira dan menaakul” (4M) adalah penting sebagai “self-esteem” kepada anak-anak sebelum berumur 12 tahun. Tetapi sebuah gerakan pembudayaan manisnya ilmu pengetahuan untuk menggantikan kecanduan buku dan ilmu akibat peperiksan perlu segera digerakkan. 
Di akhirnya anak-anak ini akan percaya, melalui sifat ingin tahu dan budaya berfikir, miskin dan ketidakmampuan bukanlah halangan untuk berjaya. Pendidikan bukan sekadar mata pelajaran Matematik atau Sains. Di bidang-bidang lain seperti Sukan, Sains Sosial, Sejarah, Seni atau Sastera, kita punyai ribuan genius-genius yang tidak kita kedepankan potensi mereka sebelum ini. Anak-anak yang kenal diri dan potensi sebenar mereka ini kelak akan memandu gerakan ilmu untuk masyarakat.
Generasi baharu pasca Facebook dan Twitter harus diterapkan mentaliti berfikir di luar sistem. Pemikiran kreatif dan kritis sahaja tidak mencukupi jika terhad di dalam sistem. Di Barat, Curiosity, sejenis kenderaan bergerak di planet Marikh (Mars Rover) telah mendarat pada 6 Ogos 2012 dengan pakej “real time visualisation” dan “up-to-date data sets”, membolehkan seluruh dunia berkongsi pengalaman bersama-samanya secara lansung.  
Anak-anak disekolah harus digalakkan bertanya dan berfikir. Tiada sistem yang akan dapat membendung sebuah masyarakat yang berfikir dan menggerak. Buktinya, sifat ingin tahu Barat telah membawa mereka sehingga ke Marikh.
Melawat semula Falsafah Pendidikan Negara
Perubahan polisi pendidikan moden seperti dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) pada 2006 serta yang terbaru Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) hanya melibatkan sebahagian kecil visi dan misi Falsafah Pendidikan Negara (FPN). 
Polisi-polisi sebegini mungkin berkesan untuk menyelesaikan beberapa isu pendidikan secara teknikal berdasarkan satu tempoh masa tertentu, tetapi masih belum berupaya memberi impak terutamanya dalam mengupayakan FPN sebagai tujuan pendidikan.  
Perubahan polisi dan dasar harus merujuk kembali semangat FPN terutamanya tujuan pendidikan secara holistik yang tidak membezakan pencapaian terhadap aspek selain Intelek (pencapaian akademik) seperti Jasmani (pencapaian fizikal, sukan dan psikomotor), Emosi (pencapaian peribadi, hati dan nurani), Rohani (pencapaian spiritual dan aplikasi) serta Sosial (pencapaian individu terhadap masyarakat). 
Pelaksanaan polisi dan dasar yang tidak melihat FPN secara keseluruhan telah menyebabkan polisi-polisi sebelum menjadi fragmen-fragmen yang tidak mempunyai kesinambungan di antara satu sama lain.
Apa yang Malaysia perlukan kini bukanlah penukaran akronim sebagaimana yang telah dilaksanakan seperti Kurikulum Lama Sekolah Rendah/Menengah (KLSR/M) kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah/Menengah (KBSR/M) dan yang terbaharu kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah/Menengah (KSSR/M), tetapi sebuah laporan lengkap sebagaimana Laporan Rahman-Talib ataupun Penyata Razak, yang melihat sejarah dan Falsafah Pendidikan Negara secara keseluruhan dan bukannya secara terpisah.  
Laporan tersebut perlu segera menganjurkan perubahan terutamanya terhadap; a) polisi yang bersifat konseptual dan prinsipal kepada polisi yang lebih realistik dan mampu-capai; b) penekanan terhadap memenuhi pencapaian dan tujuan Falsafah Pendidikan Negara secara menyeluruh; c) dasar yang mempunyai kesinambungan di antara pendidikan pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah serta penyediaan anak-anak terhadap dunia pengajian tinggi dan; d) dasar yang akan menyediakan Malaysia terhadap sebuah bangsa yang cinta ilmu dan pemikiran dalam menyediakan modal insan berkemahiran tinggi untuk membina semula peradaban negara.
Perubahan yang banyak dilakukan selama ini hanya menyentuh sebahagian kecil sisi FPN, menyebabkan perubahan yang berlaku selama 55 tahun ini bersifat permukaan dan superfisial sahaja. Pencapaian negara gah jika diukur dari fizikal dan kebendaan.  Kita berbangga mempunyai KLIA, Menara Berkembar dan juga litar lumba F1. Kita punya 21 universiti awam dan 75 universiti swasta malahan mempunyai lebih daripada 400 kolej-kolej swasta, infrastruktur serta kelengkapan sekolah-sekolah kita adalah di antara yang terbaik di Asia.
Sekadar perbandingan, Korea Selatan telah berjaya memacu penduduknya dengan kelayakan pendidikan tertiari daripada 54.8 peratus kepada 98 peratus daripada tahun 1990 hingga 2012 berbanding Malaysia daripada 7.2 peratus kepada 36 peratus sahaja. 
Finland dan Korea Selatan juga menduduki tempat pertama dan kelapan di dalam Indeks Pendidikan yang dikeluarkan oleh United Nations manakala Malaysia hanya di tempat corot tangga ke 98 daripada 181 buah negara. Pembangunan fizikal kita mungkin hampir dengan dunia kelas pertama tetapi secara relatifnya kita masih jauh tertinggal dari sudut pemikiran. Wujud ruang yang besar untuk kita penuhi terutama melibatkan mentaliti beradab, “welstanchaaung” yang lebih terbuka serta sikap sedar masyarakat di kalangan anak muda. 
September 2012 ini, hasil Dialog Nasional Pendidikan Negara akan diumumkan. Menurut Pengerusi Dialog Nasional Pendidikan Negara, Tan Sri Dr Wan Mohd Zaid Mohd Nordin menjelaskan diolog tersebut merangkumi sembilan (9) bidang yang meliputi guru, pemimpin sekolah, kualiti sekolah, kurikulum dan penilaian kurikulum, penguasaan pelbagai bahasa, peluang pasca sekolah, peranan ibu bapa dan komuniti, keberkesanan penggunaan sumber dan system penyampaian termasuk struktur urus tadbir Kementerian Pelajaran.
Adalah diharapkan, hasil dialog tersebut akan mencerminkan keupayaan Falsafah Pendidikan Negara secara holistik serta menyeluruh, terutama dalam mendefinisikan semula asas pendidikan negara. Sempena 55 tahun Malaysia merdeka, kami percaya; fungsi pendidikan tidak lain adalah untuk memanusiakan kembali manusia. Ilmu dan cinta ilmu perlu kembali kepada masyarakat, tidak lain dan tidak bukan untuk manyahut seruan Malik Bennabi iaitu untuk membina semula peradaban negara kita yang telah hanyut dilambung ombak sejarah.
* Zul Fikri Zamir Mohamad Munir dan Anas Alam Faizli merupakan penyelidik di dalam Teach For The Needs (TFTN), sebuah gerakan aktivisme pendidikan yang boleh dihubungi di laman web http://www.teachfortheneeds.org
*Artikel tulisan seperjuangan Teach For The Needs yang diterbitkan di themalaysianinsider