Saturday, February 05, 2011

Talk: A Frank Discussion with Khalid Ibrahim

Didoakan semoga semua berada dalam keadaan sejahtera sentiasa.

Atas kapasiti sebagai seorang junior executive untuk UKEC, aku berpeluang untuk menyertai talk bersama Menteri Besar Selangor sebentar tadi di Cass Business School, London. Walaupun berada disitu dengan tugas namun sempat mendengar pandangan dan pendapat yang diluahkan oleh YAB MB. Beliau hadir bersama dua lagi tokoh, seorang adalah Tricia Yeoh manakala seorang lagi aku lupa nama Tan Sri tu.

Pertamanya, aku bersetuju seperti apa yang dinyatakan oleh Pengerusi UKEC, Farquar Haqqani bahawa gaya penyampaian oleh YAB MB adalah ibarat pesanan daripada seorang ayah kepada anak-anaknya. Penyampaian yang tenang, berisi dan seperti mempunyai penyelitan harapan buat kami, pelajar yang menyertai. Namun kelajuan penyampaian yang agak perlahan kadang-kadang membuatkan aku sedikit terkhayal dan juga memakan masa sesi soal jawab.

Banyak isu yang disampaikan dan dikupas. Antara yang ditekankan adalah situasi politik baru di Malaysia dimana kehadiran PR membawa revolusi politik baru di Malaysia. Parti politik dan ahli parlimen serta ahli dewan undangan negeri terutama di Selangor dibawah pimpinan YB MB beranggapan accountability terhadap rakyat adalah penting dan menjadi keutamaan. Oleh sebab ini, kerajaan PR di Selangor telah mengetengahkan beberapa langkah untuk memastikan transparency menjadi kenyataan, contohnya memulakan SELCAT.

YAB MB juga mengulas sedikit mengenai isu air di Selangor. Dimana diantara kerajaan Selangor dan sektor persendirian telah ada perjanjian untuk membenarkan kenaikan harga air sebanyak 15% setiap dua tahun. YAB MB kemudian memperkatakan, beliau telah mengira sendiri secara kasar dan berpendapat bahawa kerajaan negeri dapat menyediakan perkhidmatan yang sama dengan harga yang lebih murah lalu YAB MB mengambil keputusan untuk tidak menurut tuntutan oleh sektor persendirian untuk menaikkan harga minyak setiap dua tahun.

Disamping itu, YAB MB berkongsi satu peristiwa dimana beliau telah enggan merasmikan jalan berturap yang baru dibina sepanjang 30km dengan menyatakan bahawa, apabila ditanya berapa kos jalan itu, kontraktor menyatakan Rm900 juta. Namun beliau berkata bahawa sewaktu terlibat dalam usaha membina lebuhraya Guthrie sepanjang 32 km dahulu, kosnya hanyalah Rm320 juta. Atas sebab tidak bersetuju dengan kos dan menganggap terdapat salah guna kuasa maka YAB MB mengambil sikap enggan untuk merasmikan jalan itu. Beliau turut menekankan bahawa PR akan bersetuju dengan projek-projek yang membawa manfaat kepada rakyat tanpa mengira sama ada projek itu daripada BN atau PR.

Mengulas tentang isu Khusrin, YAB MB menceritakan perihal sejarah dimana kerajaan BN dibawah pimpinan Tun Mahathir telah meminda perlembagaan supaya kuasa Raja untuk menentukan pelantikan Setiausaha Kerajaan ditarik. Mengambil contoh daripada perkara ini, YAB MB berkata PR diSelangor cuba untuk menunda pindaan ini bagi memberikan semula kuasa melantik S/U Kerajaan Negeri kepada Sultan Selangor tetapi usul ini telah ditolak mentah-mentah oleh semua ADUN BN di Selangor. Maka tanpa majoriti 2/3, usul ini tidak dapat diteruskan. YAB MB seterusnya membuat penjelasan betapa UMNO yang selalunya memperjuangkan ketuanan Melayu sendiri telah menolak pindaan usul yang akan mengembalikan kuasa ketangan sultan Melayu. Beliau turut menambah bahawa perkara ini menunjukkan terdapat fahaman dan permainan politik yang tidak sihat berlaku diMalaysia dimana usul ditolak bukan kerana usul itu tidak baik tetapi kerana parti menyuruh untuk menolak usul tersebut.

Berkaitan dengan perkara diatas, YAB MB menekankan sekali lagi kepentingan politik baru dimana ahli politik bukan sahaja perlu lebih transparent kepada rakyat, tetapi juga mengambil keputusan berdasarkan kepentingan rakyat dan bukan kepentingan parti. Sekiranya sesuatu perkara itu baik untuk rakyat, maka lebih baik disokong biarpun datang daripada pembangkang ataupun kerajaan.

Seterusnya sesi soal jawab dibuka dengan 2 pusingan dimana persoalan mengenai sistem pengangkutan di Malaysia dan adakah pilihanraya negeri Selangor akan menuruti seruan YAB Perdana Menteri sekiranya YAB PM memanggil Pilihanraya umum tahun ini. Soalan mengenai keberkesanan dasar kerajaan Selangor memberikan subsidi dalam bentuk air kepada rakyat sama ada adakah dasar ini boleh diteruskan untuk jangka masa panjang tanpa menjejaskan ekonomi Selangor ataupun kerajaan Selangor sekadar mengambil dasar populis jangka masa pendek untuk memperoleh undi rakyat Selangor turut ditanya. Bagi aku jawapan yang diberikan oleh YAB MB Selangor adalah memuaskan dan menepati soalan-soalan yang diajukan kepada beliau.

Sekian. Selamat. ;)

4 comments:

  1. bang, share la sikit apa jawapan dia masa Q&A tu..

    anyway, thanks for the review :))

    ReplyDelete
  2. Soalan: Adakah Selangor akan menuruti seruan pilihan raya umum oleh kerajaan federal sekiranya p/r umum diumumkan tahun ini?

    Jawapan: Tidak. YAB MB berpendapat paling kurang biarlah memerintah selama 4 tahun dan dapat menjalankan dasar-dasar yang diwar-warkan dalam manifesto kerajaan. YAB MB merasakan yang kerajaan negeri akan memanggil p/raya setelah negeri bersedia.

    ReplyDelete
  3. Soalan: Keberkesanan dasar kerajaan Selangor memberikan subsidi kepada rakyat

    Jawapan: Kerajaan Selangor berbelanja mengikut kemampuan. Pemberian subsidi juga hanya setelah mengambil kira jumlah yang mampu dibelanjakan oleh kerajaan Selangor untuk memastikan sustainability dalam administration kerajaan berterusan.

    ReplyDelete
  4. Akmal Amri: Banyak lagi soalan tapi tak berapa penting dan ada yang dah lupa dah. Ok la ni kot? haha. ;)

    ReplyDelete

Ideas in words by