Tuesday, March 16, 2010

Update laju-laju lagi.

It's almost the end of term 2. Pejam celik dah 5 bulan kat sini. Dah 3-4 essaimen hantar. Datang lagi 2. Siap portfolio 20 minggu punya kerja kena hantar this week. Best betol! ;p

Antara schedule hidup setakat baru2 ni:
1) Jumpa Tok Pa. Aku tanya dia 2 soalan je. Bukan pasal royalti minyak Kelantan. pasal tu dah pasti dia jawab minyak tu luar kelantan. Tak usah tanya. Orang gila pun sedar, Kelantan tak dapat minyak pasal Pembangkang yang pegang takhta. Aku tanya dia soalan pertama pasal 1 Malaysia.
a) Macam mana nak capai 1Malaysia selagi ada kewujudan sekolah2 vernakular yang menyebabkan perbezaan bahasa antara rakyat dan juga selagi ada kewujudan kuota dalam sistem pemerintahan terutama organisasi seperti mara, jpa dan sebagainya.
b) Sistem kapitalis dah nak hancur. Kenapa masih nak pegang pada sistem ni. Kenapa tak fokus pada agrikultur instead yang mana demand tak akan putus sebab makanan mana pernah putus demand.

Dan Tok Pa memang steady. Profesional dan bagus. Cuma dia ada minum air seteguk bila aku mula angkat tangan nak tanya soalan kali kedua. Dedau agaknya. Dia jawab yang pertama tu, dia memang setuju. Benda tu menyukarkan integrasi antara kaum di Malaysia tapi tak boleh buat apa pasal semua dilindungi perlembagaan. Sekolah vernakular dilindungi perlembagaan begitu juga hak istimewa orang Melayu. Tak sempat pula aku nak tanya kenapa tak cuba ubah perlembagaan pasal tak boleh bagi follow-yp question. Tang nombor 2, dia kata. Tak ada sistem yang lengkap dalam dunia. Sistem komunis yang 1 masa dulu digunapakai pun dah semakin dipinggirkan sebab tak dapat memberi kepuasan kepada penduduk. Pasal agrikultur dia kata Malaysia dalam proses. Dan baru aku tahu pasal kewujudan 'Northern Corridor' di malaysia yang terdiri daripada negeri2 utara semenanjung yang mana fokus diberikan pada agrikultur. Dan kerajaan juga sedang cuba nak bangunkan pertanian dari segi engineering juga. Dari segi kemajuan teknologi untuk memudahkan engineering. Idea yang bagus. Dia juga kata, susah nak bersaing pasal pertanian sebab negara seperti Thai jual beras murah. Macam mana petani kita nak cari makan. Tak sempat juga aku nak follow-up question tentang kenapa tak cari jalan supaya Mlaysia boleh maju kan pertanian sampai mampu bersaing.

2) Aku pergi semi All-England. Tengok Peter Gade terduduk-duduk kena hentam dgn Lee Chong Wei. Sudah tua tu Peter. Udah2 la tu. Dan puas hati juga tengok single China semua kalah. Lagi2 Bao Chun Lai yang mulanya pandang rendah Tago, single dari japan. Tapi kena lauk dgn Tago seterusnya kalah rubber set. Mat2 salleh dalam stadium bagi standing ovation pada Tago beb. Menyampah dengan pemain China yang kerek agaknya.

3) Ada Malaysian games. Aku cuma pergi untuk makan-makan makanan Malaysia dan jumpa kawan-kawan. Ambil gambar dan main kenyit-kenyit mata dengan awek-awek cun. ;p

4) Tengok ice hockey warwick uni lawan coventry uni. Penat2 beli hoodie Warwick 20 quids. Kalah 3-1. Tapi ada gaduh-gaduh. Kira puas hati la tengok. haha.

5) Minggu depan hari sabtu mula cuti easter. Ada paintball kami organise. Tak sabar oh nak main. Main senario. Bukannya fast-ball. Sini siap ada bom asap lagi. Boleh beli dan baling. Ala-ala main mercun tapi yang stylo punya.

6) Mula baca Naruto semula.

Dah habis. Ada banyak benda nak tulis juga tapi belum sampai seru. InsyaAllah nanti kot.

Selamat

6 comments:

  1. mmg time kemuncak la nie..semua kena laju laju...

    ReplyDelete
  2. good question and very good answer, but macam biasa, ada je yang kita boleh persoalkan lagi.
    pasal northern corridor tu, dari pandangan economist, not good enough. sebab mereka x dpt nak maintain coz malaysia skrg ni sdg mempergiatkan3 corridor sekaligus dlm malaysia. tapi, nampak gaya southern corridor je yang berjalan sikit, tu pun yang nmpak hanyalah wilayah iskandariah. so, xpelik kalau org xtahu northern corridor. =D

    ReplyDelete
  3. paintball?? waaahh menariklaa... kalaulaa daat join, mesti best kan!

    ReplyDelete
  4. aku syak anwar nak lawan.
    dia on the way nak kesana juga.
    check ur local listing dude!!

    ReplyDelete
  5. Tulip: memang memang. kerja berlambak2. semua kena laju.

    balqissy: memang tak diketahui sangat. aku pun tak tahu sangat pasal tu. byk sgt koridor jgn tak terkejar sudah.

    Dodu: aah. boleh aku tembak kau nanti. hah.

    nako: Thanks. good luck exam nanti. ;)

    DJK: Nizar mai semalam. DSAI tak datang sini. Dia turun London je. Kerek tak nak jumpa kitorang yang kat tempat kecik ni.

    ReplyDelete

Ideas in words by