Wednesday, October 28, 2009

Memorable experience

Aku melalui satu pengalaman yang agak significant tadi. Yang aku rasa tak ramai rakyat Malaysia melaluinya. Di tempat aku belajar ni, di Coventry UK. Komuniti Malaysia boleh tahan ramai juga. Most of them are Chinese. This is obviously because of the system in our education. Tapi ini bukan poin nya. Teruskan..

Akan datang, pelajar Malaysia nak buat persembahan MNight. Yang mana meliputi persembahan2 seperti dikir barat, sketsa, musik dan lain2 yang berunsurkan Malaysia. Seperti kau tahu, Dikir Barat selalunya orang Kelantan yang perform. Joget2 selalunya orang Melayu negeri masing2 perform. Sketsa berkaitan pembunuhan Hang Jebat, selalunya yang excited lebih jadi main cast adalah pelajar Melayu. SELALUNYA! <--- rujuk

Tapi di sini suasananya amat berbeza. Yang pecah kepala memikirkan aktiviti, pelajar Chinese. Yang mengetuai sesuatu persembahan, Chinese. Tadi aku audition untuk role sebagai drummer dalam persembahan musik. Yang interview aku Chinese. Aku kata okay, aku boleh main musik. Mereka tanya, kompang boleh main? Aku kata boleh juga. Mereka kata rujuk pada 'Jin'. Jin ni seorang chinese dan dialah yang mengetuai pasukan kompang Malaysian Warwick tahun lepas. Kompang tu tradisi siapa? Melayu.

Kemudian tiba2 di celah2 perbincangan dan gelak2 tu ada seorang freshie Chinese tanya, Dikir Barat tu apa? Lalu senior2 yang interview aku ni (Semuanya Chinese) membuat demonstrasi. Dalam bilik itu juga semua buat dikir barat berlagukan 'Ewa buleh'(aku tak tahu nama sebenar lagu die. Maaf aku tak into dikir barat. Cuma layan Cikgu Sulizi saja). Melagukan dengan loghat Kelantan juga. Kemudian seorang daripada mereka kata, 'You should try Dikir Barat.' It's fun. It's very nice. Mula2 I pun tak tahu apa tu dikir barat. But I joined and participate. And it was FUN! Teruskan..

Kemudian seorang mamat MELAYU freshie ditemuduga. Dia kata dia Clarinet player. Okay fine. Mereka tanya, dikir barat minat nak join? Dia yang merupakan seorang Melayu menjawab, 'dikir barat is so lame.' Kemudian dia ditanya lagi, 'What about Kompang? Are you interested?'. And he answered, 'kompang is even worst!'.
Aku macam.. Ugh?!

Poin yang aku cuba nak sampaikan adalah, aku amat tertarik dengan peristiwa ini. Tak pernah aku lalui benda macam ini walau aku hidup di Malaysia selama 20 tahun sebelum ini. Tapi di tanah orang, aku dapat rasa betul2 semangat 1Malaysia itu. Kau faham? Dapat rasa juga? Aku dapat lihat mana tiada langsung semangat perkauman antara Malaysians. Ia berlaku cuma disini.

Persoalan: Mengapa ini boleh terjadi?

Aku bukan penganalisa politik berdaftar. Atau ethnografer yang tersohor. Tapi aku rasa salah satu sebab kenapa tiada isu perkauman sesama Malaysians di tanah orang ini adalah kerana kami semua jauh dari tanah Malaysia itu sendiri. Jauh daripada politikus2 dan sistem nya.

Ah, Kau faham tak apa aku cuba sampaikan ni?

14 comments:

  1. faham!

    eh, dikir barat best apa
    rugi betul kalau orang melayu sendiri ada mentaliti camtu

    ewa bule - wau bulan.
    i think.
    haha

    ReplyDelete
  2. Kuang asam pyer bdak laki..
    Rasa cam nk berpencat silat membelasah dia...
    Tak tahu menghargai sungguh...
    Dok jauh pun still wat pgi cam gtu... -_-

    ReplyDelete
  3. Less appreciate until it lost... perkara biasa untuk mana2 budaya pun mcm tu.. Bila jauh barulah terkenang.

    Kan ada kisah kat OZ ada komuniti melayu nak buat radio melayu kat sana. Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  4. Aku tak layan dikir barat, walaupun aku orang Kelantan. *cough*

    Tapi, cara mamat tu cakap, memang tak leh blah.

    Btw, Rev, it's 'Ewa Bule', I'm quite sure it's actually 'Eh Wau Bulan'.

    :D

    Selamat berdikir barat!

    ReplyDelete
  5. xsedar diri mamat tu...
    elok dilempang laju2...

    ReplyDelete
  6. Liz: sori liz. Saya tak tau. haha. Buat dikir lagi best dari tengok kot.

    PbW: Dia mengaku dia orang bandar. Maka tak into benda2 mcm ni.

    Hidemichi: Bukan pasal terkenang la. Tapi pasal harmoni dan kerjasama antara kaum. Pasal 1 Malaysia.

    ReplyDelete
  7. Luna: wah. baru dapat tau itu datangnya daripada 'Eh Wau Bulan'. Aku tak dikir. Aku kompang je. hehe.

    Naqibmiller: Dia orang bandar. Aku takut nak lempang dia la.

    ReplyDelete
  8. aku kagum dgn smangat malaysia kao wahai reverie...

    kompang ajak aku ok!!!

    ReplyDelete
  9. dodu: kompang? okeh. mesti ajak. siapa2 yang bukan budak bandar, jom main kompang.

    ReplyDelete
  10. Oh. It's always when we are apart that we miss each other much. I think it's pretty like that?
    Like we know we have something when it's gone - thing.
    I miss the winter and trick-treating,now its almost halloween.
    Do write bout it later? Appreciate much~

    ReplyDelete
  11. Bndr itu kg jgak dulu...
    Tak munasabah sungguh...
    Mereka yg lupa daratan...cmner nak mulakan ketamadunan?

    Anyway....lu pk la sendiri.. hehehe
    pBw tak menyokong kcang lupakan kulit... ;p

    ReplyDelete
  12. coraline: halloween. yah. the spirit of halloween semakin menjadi2. i will write. =)

    PbW: hehe. semangat kuat nya. bagus betul.

    ReplyDelete
  13. siyes.dah duduk india tibe2 rapat dgn chinese,budak2 india malaysia.kat malaysia baik dgn melayu je selalunya.rasa rapat tu lain dr masa kat malaysia.kalau jumpa malaysians kat mane2 pon excited,borak mcm memang da kenal lame.semangat 1msia tu mmg agak kuat laa. :)

    ReplyDelete

Ideas in words by