Tuesday, October 27, 2009

Melayu, Cina dan India serta etnik2 lain.

Politik memainkan peranan yang crucial atas sistem edukasi. Setuju?
Sistem edukasi memainkan peranan penting atas beliefs dan attitude masyarakat. Setuju?

Maka, politik menetapkan terdapat perbezaan besar antara sistem pendidikan antara kaum. Sekolah Jenis Cina utk Cina. Jenis India utk India. Dan Kebangsaan yang selalunya untuk semua tapi sebenarnya ramai Melayu saja.

Sistem pendidikan di sekolah2 ini amat berbeza. Tengok benda yang nampak. Infrastruktur sekolah. Kalau Kebangsaan selalunya ada padang bola. Sekolah Cina selalu ada gelanggang bola keranjang. Sekolah India? Aku biasa tgk sama ada padang bola atau tak ada padang dalam sekolah. Selalunya di estet2 baru banyak sekolah Jenis Tamil. Maka sekolah2 ini uzur.

Perkara ini sebenarnya sedikit sebanyak menyumbang kepada 'Race segregation'. Setuju? Maka dengan sebab ini kerajaan kata 'pelajar sekolah hanya boleh didaftarkan ke sekolah2 berdekatan sahaja'. Dari ini kita percaya, sistem mak bapak pilih sekolah akan berjaya dikurangkan. Dengan harapan anak cina dan india akan masuk sekolah kebangsaan juga. Tapi kerajaan tak nampak. Anak melayu ramai di mana? Kampung, bandar. Anak Cina? Bandar. Anak India? estet, bandar. Sekolah cina ada ke di kampung2 dan di estet? Tak ada. Maka pelaksanaan ini gagal sebab tak mencapai matlamat. Kerana purata kewujudan anak2 ni tidak akan sama dekat mana2 tempat.

Perbezaan sekolah ini juga mencerminkan identiti pelajar2. Apa culture yang murid2 tu akan bawa. The fact that in Chinese school(Menurut rakan aku yang sekolah cina), they replace PJ period with other subjects. Meaning that, no PJ for the students. Sometimes, recess period is taken by teachers to teach their subject.
Manakala sekolah melayu pula bila pj SELALUNYA cikgu akan masuk bagi bola dan kata 'main'. Bila belajar pula tak sehardcore sekolah cina.
Perbezaan ini kita boleh lihat, macam mana taraf pencapaian Pelajar Melayu dan Pelajar Cina berbeza. Faham konsep ni?

Aku bukan nak merendahkan mana2 kaum. Bukan nak kata mana2 kaum itu superior. Aku cuma nak kata:
Malaysia= Melayu+Cina+India+Iban dan kaum2 etnik lain.

Maksudnya disini. Malaysia tidak akan boleh jadi 'the next Singapore'. Malaysia juga tidak boleh menjadi gagasan Nusantara. Mahu pun kata yang Indians kat sini belongs to India.
1. Melayu akan bantah kalau malaysia nak jadi mcm singapore.
2. Cina dan India akan bantah kalau Malaysia nak join Nusantara.
3. Republic of China akan terima ke kalau orang cina sini nak pergi sana? Dialek pun berbeza.
4. India akan terima orang india sini masuk sana ke? rakyat mereka pun dah over population.

Maksudnya sekali lagi. Chinese of China tidak sama dengan Chinese of Malaysia. Indians of India tidak sama dengan Indians of Malaysia. Kita Melayu tidak sama dengan Melayu Indonesians. Kerana Malaysians Chinese, Malaysians Indians dan Melayu Malaysia adalah identiti tersendiri negara Malaysia.

Setuju?

Atau tidak? Tolong beritahu kenapa tidak, boleh?

*Nak bangkang itu senang sangat. Cuma geleng kepala. Tapi kalau nak memimpin itu susah. Kena buat keputusan dan terima akibatnya. Betul tak?
*Ayat2 yang ditaip hanyalah bersifat generalisasi. Tidak terkena kepada mereka yang ekstremist.
*Kajian2 ada dijalankan tetapi cuma secara tidak formal.

4 comments:

  1. KOMEN2.......

    HOHOHOH..

    memang siot laa... aku igt lagi time aku darjah 6... aku hanya pj 4 kali dalam setahun sebelom upsr..

    ReplyDelete
  2. heran jugak, kenapa nak wujudkan banyak jenis sekolah?

    ReplyDelete
  3. dodu: <-- bahan ujikaji nih. haha.

    balqissy: byk jenis sekolah untuk menghormati keinginan kaum masing2.

    ReplyDelete
  4. betol da la pendapat ko tu. tentang bezanya output dari jenis sekolah yang berbeza. cumanya memang dah salah satu factors that need to be consiidered in planning education facilities is the demand from the community within the area. means di mana keadaan biasa adalah sekolah kebangsaan akan disediakan. akan tetapi di tempat2 yang kependudukannya adalh majoritinya kaum china atau india di mana kaum ini mempunyai badan atau pergerakan yang demand untuk mereka mempunyai sistem pembelajaran sendiri yang dulunya diambil dari negara asal mereka yang telah dimetrai pada waktu merdeka dahulu lagi. jadi kerajaan mesti jugak memperuntukkan kemudahan education ini jika ada demand.
    so sebenarnya perkara ini tidak akan ada penyelesaian buat masa ini kerana semua telah dimeterai dan dipersetujui.

    dulu pernah timbul isu sekolah wawasan dimana macam konsep 1malaysia 1 sekolah. tapi atas dasar perkauman. ada yang membantah.
    mungkin lebih elok begini.
    bantu melayu? (sinikal)

    atau perlu perubahan drastik.

    ReplyDelete

Ideas in words by