Wednesday, October 14, 2009

Things i noted in Coventry 2

Post yang lepas berbau kerek. Memang sengaja aku post begitu. Mahu tgk reaksi. ;p

Ada beberapa perkara yang aku perasan lagi bila kat sini. Perkara-perkara ini yang aku tidak berapa puas hati. Antaranya ialah:

1) Tandas tanpa paip air atau saluran air. Mungkin ramai yang dah perasan perkara ini kerana kononnya kau serba mengetahui tentang mcm2 perkara padahal kau cuma dengar2 saja tentang benda ni. Ada juga yang konon cerdik pandai mengatakan tandas kering tanpa lantai yang kelecah seperti di Malaysia itu bersih. Mungkin yang kata itu ada musabab sendiri berkata begitu. Tapi bila tgk kencing bersepah dan tiada paip untuk jirus. Buang air nak cuci payah. Maka apa pendapat kau?
Err tandas itu bersih bila yang guna tau supaya tak kencing bersepah. Tau bila buang air pam. Tandas kat sini memang kering. Tapi bila kencing sepah, kotor juga. Aku tensen sebab bila nak buang air besar je, terpaksa balik suite. haih.

2) Bas yang cap 'Travel Coventry' sini lebih kurang ala-ala bas SJ kat kota Kuala Lumpur tercinta. Jalan cilok2. Penumpang pegang kuat2 takut jatuh. Ada pening kepala kena motion sickness. Kotor. Kdg2 ada chewing gum. Sampah. Cuma lebihnya ialah pemandunya tak kurang ajar mcm rata2 pemandu bas Msia dan bas ini tak boleh berdiri. Jika tempat duduk penuh, tidak akan berhenti ambil penumpang. Dan bas hanya akan berhenti di bus stop. Add 1 more! Punctual juga bas2 di sini.

3) Racism teruk. Mereka ingat mereka superior dari Asians. Bangsa Melayu tak de dalam list pun. Bila aku enroll untuk courses dia tanya bangsa apa. Yang ada tulis. Asian Chinese. Asian Indian. Other Asian Natives. Hmm kdg bila cakap dgn mereka. Mereka jawab tak pandang muka kita pun. Kawan aku ada yang kena. Haih. Kurang asam punya mat salleh.

4) Malaysians kat Uni ni ada gak yang kerek. Satu hari aku berjalan didalam Uni. Sebagai seorang Freshie yang innocent lagi comel loteh, jalan2 jumpa minah 2 orang pakai tudung. Mungkin Malaysian, mungkin tak sebab Arab pun ramai sini. Examine minah2 tu lagi. Pendek! Ah, sah Malaysians. ;p
Maka aku pun tegur bila selisih. Assalamualaikum, kata Reverie. Tapi minah dua ekor tu buat bodo jalan. Err, nak kata tak perasan. Memang tak la. Malas aku layan malaysians cam tu. Bak kata eybll, "Mentang2 pergi UK." ;p

5) Beli barang sini kena bungkus sendiri. Hmm contoh. Beli groceries kat market ala2 7eleven / Tesco. Dah letak brang kat kaunter. Kita bayar dan masukkan barang dalam plastik kita sendiri. Banyak DIY la kat sini. Debit card pun semua sendiri bila guna. Cucuk/swipe sendiri. Pandai2 la kau nak hidup kat sini.

6) Ni best. Buat line phone. Pasang kontrak 12/18/24 bulan. Dapat 1 phone free. Kalau kat Malaysia phone percuma mungkin nokia 3315. dan mungkin hanya 10 pelanggan pertama baru dapat nokia 3315 percuma. Tapi kat sini. Phone2 seperti N97, iPhone 3Gs, Blackcerry Storm boleh dapat free. Atau bayar dalam 140 pound untuk phone. Murah dan Bagus betul. Menggalakkan kita meningkatkan taraf hidup.

7) Tiada azan yang berkumandang lagi. Langsung.

Dah habis. Penat fikir. Baru 2 hari mula kelas, kerja dah berlambak. Adui, tak holiday lagi dah. Siapa2, boleh tolong kirimkan belacan ke sini?

9 comments:

  1. anak melayu..
    kemana pun kaki terjejak..belacan tetap dlm ingatan...


    belacanku..(malaysiaku)
    busuk2 pun kau tetap dalam ingatan..

    * kena buat bisnes export belacan pasni..

    ReplyDelete
  2. #6 paling best
    kalaulah dapat rembat iphone satu
    bahagianya hidup :P

    ReplyDelete
  3. Hehehe...Rev yg pndi quote kta2 ku...

    Erm....kalo bleh dpt hp dgn murah kat sn, bleh la tlg bwk blk utk sye..
    I pHone ek...aduish... bestnyer...
    Ni yg tak sbr nk tgg Rev blk Malaysia... ;p

    Tak ada azan...mesti rasa kekok...
    Hm...by the way...minah 2 org tuh...
    Meh cni nak usrah ckit... ;p

    ReplyDelete
  4. aku penah kena ludah dgn mat salleh scottish....cisss!

    ReplyDelete
  5. Well, kau punya loo tu ada ice tak kat bawah?

    Aku pernah tgk loo yang 'ice'kan urine.. supaya kering~

    hahahaha~

    ReplyDelete
  6. meh aku pun nak tulis pepanjang kat sini, sebab aku jenis bebel kat blog orang,kat blog aku, aku kaku.

    #1.memang kotor.tapi ada trick yang bapak aku ajar mase aku dok sane. gune tisu yang dibasahkan dalam tangki tadah air untuk flush tu.xpun, biasekan berak pepagi sebelum keluar.

    #2.aku tak ure dengan tmpt koe, tp kat tmpt aku dlu bas die best. tp aku banyak jalan kaki jeh.mahal dowh bas!

    #3.seperti kata russel peters, chinese and indians are the 2 largest populations in the world. memang lah takde letak melayu. aku rase orang iban tak terase sangat bile borang isi JPA xde tempat untuk tick kaum mereka. bile cakap tak pandang muke tu, itu BIASENYE salah kite. cakap tak konfiden, kurang membaca, vocab seciput, suara tak keluar, gagap, macam telor dan kote tersedut masuk ke dalam.

    #4.seperti di malaysia, melayu di UK juga memang mudah lupa, tak kisah dimana2. tak pun, mereka masuk usrah dan menjauhi zina. tak pun, die ingat kau orang putih gatal tersengih2.

    #5.beli barang bungkus sendiri sebab ia manjadikan harga barang murah. lagi satu,mereka ni pemalas.human labour memang mahal!so kalau kau sedar, minimum wage untuk UK ialah 5.50pounds per hour, and 20 hours limit per week for students.

    #6.ini yang syoknya duk UK.

    #7.biasenye kite dengar azan pun tak bergegas ke masjid.kalau boleh,download azan punye software.bagus dan baik.untuk phone pun ade.google kalau xtau.

    hehe

    ReplyDelete
  7. takda azan tapi SOLAT WAJIB dilakukan;belacan akan dikirim kemudian.jadi anak Malaysia yg baik jgn spt minah tu.

    ReplyDelete
  8. azan n local solat time- www.islamicfinder.org

    copy code letak dlm blog kamu

    ReplyDelete
  9. Shemmi: kalau buat. comfirm laku! sini susah cari oh.

    Liz: Iphone here under O2. Dan O2 tu lebih kurang mcm line mahal sikit. Line orang kaya lah. Iphone 3Gs ok. but im not interested. hehe. ;p

    ebyll: haa. p usrah sikit kat depa. Bagi sedaq sikit asai mana. haih. Malas nak cerita. haha. Kalau nak phone, kena la mai sini. ;p

    Ben: uh. Sedih betol. Ape cerita sebenarnya?

    Luna: Tak ada. itu mungkin American kot. Sini loo ddia kdg2 hancing. Tak ada sistem pengairan langsung.

    Bak: haha tak pe. kau pun jarang2 nk singgah sini kan.
    1)Trick ke dua tu aku amalkan. Trick basahkan tu tak. tak selera gak. haha.
    2)Aku dapat free bus pass. Uni bagi. :)
    3) Agak lah. Im adjusting myself. Improving untuk mencapai standard hampir kepada native speaker.
    4) Mungkin dia ingat aku org putih kot. Tapi aku bagi salam pe?
    5)Sini labour charge memang mahal nak mampos. Betul kereta, labour charge saja separuh harga overall.

    Anonymous: Ni adik ke nih?

    Ben: Ada. Dah check haritu waktu first day arrive. Petang dalam 6.45 dah maghrib dah sini. Slightly earlier than in Msia.

    ReplyDelete

Ideas in words by