Thursday, April 08, 2010

Entri mesti tulis

Tengah aku melepak di bilik, kawan aku datang. Weh jom, tengok game. Kita tengok di bar aardvark. Mat salleh mesti ramai tengok. Sambil-sambil minum tengok game. Aku kata kat dia, jalan dulu sat lagi aku mai.

Bila aku datang aku tengok game dah on the way. Dah 40 minit lebih. Masuk-masuk je dalam bilik member aku tengok di skrin iMac dia (member aku ni anak tan sri), dia terus menjerit. Sorang kena kad merah! Punya suka hati aku tengok dia. Terkekek ketawa, bergetar-getar muscle perut dia. Aku perhati je semua ni. Aku ambil port sebelah dia dan duduk.

Baru 5 game berjalan aku dah pelik, ni game apa ni? Pertandingan berlakon berguling ke permainan acara terjun? Kejap-kejap aku tengok orang berbaju merah dalam iMac tu terjun dan guling-guling atas padang rumput. Naik jelik pula rasa anak tekak aku tengok. Tiba-tiba, pemain hebat merah keluar. Wah, mat kunyah chewing gum nak tukar strategi aku nampak.

Cara baru ni memang kelakar. Lebih kerap aku tengok pemain terjun-terjun atas padang. Empire dah macam languk aku tengok. Kuat main politik team merah ni, kata kawan aku. Waktu tu aku lihat di hujung kanan atas skrin tertulis, 3-1.

Lepas tu sedang-sedang aku tengok, tiba-tiba game tadi bertukar menjadi drama telenovela. Si hero sedang letak-letak bola di bucu padang mahu ambil corner tiba-tiba pegang dada. Kononnya sakit. Tak pasal-pasal. Muka teran, dahi berkerut, dah macam real dah aku tengok. Empire datang dekat macam langau termakan dengan lakonan pemain yang muka pun ala-ala hero filem tamil. Aku dah menyumpah dalam hati. Setakat empire tu boleh kau mainkan dengan politik kau, tapi pada kami yang memang dah kenal pada kelab Divers ni, kau simpan je la lakonan. Tengok-tengok muka yang tadi berkerut pegang urut dada, tiba-tiba boleh pula ambil 2 kali corner kick. Hak ptuih! Semua ni mesti belajar daripada king of Divers yang sudah kena jual ke tanah Spain.

Bosan dengan aksi terjunan dan gulingan tak habis-habis dan permainan politik melampau, tiba-tiba aku dikejutkan dengan salah satu aksi kemuncak. Bekas pemain kelab tauke minyak russia tiba-tiba menerkam cantik dan merembat lepas penjaga gol belanda yang aku adore sejak dia main di Fulham lagi. Melonjak riang anak tan sri kawan aku tu. Ternaik-naik buah dada belah kanan dia kerana kegembiraan. Ye la, paling tidak boleh buat bahan balik lepas kena bahan semalam kerana bos kelab dia pandai sangat main dengan 3 pertahanan melawan kelab hebat bergelar Barca dengan pemain legenda Messi. Tahniah wenger. Tak apa, cuba lain kali. Next time kau jual Fabregas dengan Arshavin pula bila harga mereka cecah 60 ke 87 juta pound ok!

Dah kena ni aku tengok mat kunyah chewing gum mula turun naik di depan seat dia di tepi padang, yang aku duduk waktu pergi melawat old trafford dulu. Mula main politik dengan lagi kuat. Mula masukkan penyerang yang dibeli jauh langsung daripada pepatah alah membeli menang memakai. Mula memasukkan kuda tua yang mana aku kenal waktu mula-mula berjinak-jinak dalam bidang EPL waktu sekolah rendah dulu.

Berjalan lagi game tu. Tiba-tiba aku tengok aksi terjunan dan upacara pegang dada buat-buat sakit di tepi padang tak ada lagi. Vidic malah cepat-cepat tarik Olic bangun bila dia tekel Olic. Kan aku dah kata, politik semua tu. Kelab untuk divers bukan fighters.

Bayern masih steady dengan serangan kerap walaupun dah didepan dengan agregat goal away. Cuma takat-takat hujung tu, aku tengok. Mat kunyah chewing gum sudah mula balik ke tempat duduk dia. Putus asa agaknya bila tengok bayern mula main tuju-tuju punggung di bucu padang tempat pelakon telenovela merah tu berlakon tadi.

Kah kah kah. The club for Divers, not so cocky now eh?

Saturday, April 03, 2010

What's the decision?

Pernah tak kau sampai ke satu kawasan lapang yang mana kau diri tengah2. Kau tengok kawasan tu dibahagi banyak bahagian. Belah kanan kau warna biru, penuh dengan awan. Bawah belah kanan warna merah darah siap dengan seorang gadis berbaju merah sedang menonggeng di tepi meja. Toleh ke kiri warna-warni hippies dengan pelbagai saiz bola. kecik, besar. bola kristal, bola penuh. guli. Toleh ke kiri di bawah sikit warna putih je. dan tiba2 ada satu meja dengan sepapan permainan chess yang ditinggalkan bersama 2 kerusi kosong.

Inilah yang aku rasa sekarang ni.

Dan bila kau tengok bawah tapak kaki kau, ada satu note. Di note tu bertulis, "Only one direction. Where do you want to go?"

Inilah yang aku hadapi sekarang ni.

Post-humanist kata mereka sedar yang sekarang ni pemikiran manusia ada limitnya. Pengetahuan manusia juga ada batasnya. Aku setuju. Had umur, tempoh masa yang diberikan oleh Tuhan membataskan pemikiran dan pengetahuan manusia. Tak mungkin kita dapat memahami sesuatu dengan sepenuhnya kerana had umur membataskan penglibatan kita dalam kehidupan manusia. Aku terfikir, apa kata kalau Leonardo daVinci hidup dari dulu sampai sekarang. Sampai manakah pencapaian pemikiran yang dapat dia kecapi?

Again, we don't know the answer. Well, the truth is that we can never know the answer. Sebab tulah terciptanya terma 'subjektif'. Subjektif tu adalah terma yang digunapakai oleh manusia sejak lama dahulu lagi untuk menipu diri sendiri tentang jawapan sesuatu persoalan. Semua soalan subjektif tidak akan ada jawapannya.

Back to the question now ladies and lads. Only one direction, how can I choose where to go?

*Esok mau pergi peak district, hiking. Bercuti selama beberapa hari lagi.

Selamat.

Monday, March 29, 2010

London, fashion dan pemikiran

Sebaliknya aku dari bandar London yang banyak memegang sejarah beratus2 tahun dulu, banyak benda masuk dalam kepala otak aku ni. Terngiang-ngiang. Betapa London itu sibuk, dipenuhi begitu ramai orang dan kalut. Kesana kesini manusia berjalan dengan kadar kelajuan yang agak tinggi. Aku pun begitu. Laju jalan. Cuma kadang2 terhenti untuk mengamati sesuatu benda dengan agak lama.

Di London aku tak drop di tempat2 plastik seperti Mdm Tussauds atau world of ripleys. Buang duit dan 'notmaikapuftee' kata orang putih dengan accent utara England. Aku pergi ke stadium bola Chelsea dan Arsenal ang ternyata kedua-duanya walaupun besar tetapi masih kurang dari banyak segi. Emirates contohnya tiada tong sampah. Cuma guna plastik lutsinar yang disidaidi koridor2. Tandas? Tak usah cakap. Sama kotor di dua-dua stadium ni. Tidak seperti di old trafford atau anfield yang mana bersih. Waktu ke chelsea aku pergi tak dapat tour kerana ada home match. Arsengal pula kena booking. huh, tahi anjing pun bersepah di perkarangan stadium, nak lawat kena booking? tak masuk betul.

Di London juga aku lebh menumpukan perhatian kearah memenuhi nafsu makan aku terutama selera Malaysia. Aku pergi makan nasi campur yang mana sambal belacan sahaja berharga Rm2.50. Aku pergi makan Char ho fun yang memang menarik dan baekk. Makan kebab taza. Subway, kfc halal. Duit mengalir laju macam air cuma untuk beli makanan.

Aku juga ada menuju ke Harrods, tempat shopping elite sekadar untuk tumpang letak beg dengan bayaran Rm15.00 untuk sehari. Sampai ke situ aku lihat sekeliling. Burberry, feathers, zara dan macam2 lagi. Betapa orang ramai lalu lalang begitu kalut keluar masuk kedai. Keluar masuk kad bank dari wallet. Bersaing-saing berlawan fesyen paling aptudet atau paling mahal. Memang disinilah tempatnya aku jumpa kereta2 mewah ferrari, porsche, chrysler, bentley. berdangdut shopping sakan mereka. Tapi aku boleh pasti rata2 yang masuk ke harrods ni cuma golongan kelas sederhana. Ah, kelas sederhana. Kat situ baru aku sedar, betapa berjayanya penjenayah2 ekonomi yang membolot semua kekayaan dan memberikan kita gambaran kekayaan palsu. Kononnya memiliki satu suit zara itu mewah atau wangian burberry itu lambang kehebatan lalu rata2 orang bekerja keras siang malam. Sekadar untuk membeli satu suit mahal yang akhirnya jika dilihat dibelakang tag bertulis 'Made in China'. Selama ini kita bukannya bersaing demi kualiti tetapi untuk brand sahaja. Macam kawan aku yang tak sukakan durian pernah cakap, "Aku hamba fesyen tapi bukan hamba brand". Ini tepat. Dia memang trendy dan fashionable jugalah. Cuma apa yang dibelinya tidak datang dari brand2 mahal dan international yang mengupah buruh kasar China. Jadi apa bezanya? Branded fashion atau cuma sekadar fashion?

Aku fikir setakat tu saja. Tak dapat sambung. Tak tahu macam mana nak sambung. Sudah hampir mustahil kita mahu lari daripada sistem ini. Berlawan fesyen sebagai simbol kekayaan kononnya. Tapi bila dilihat semula almari baju aku, ah aku pun apa kurangnya daripada mereka ni?

Selamat