Tuesday, December 14, 2010

Wonders of facebook

Facebook telah membawa revolusi kepada dunia. Perubahan-perubahan major dari segi komunikasi, budaya, kesukanan, politik dan sebagainya.

Kita boleh lihat facebook semakin digunapakai oleh pemimpin-pemimpin politik dalam menyebarkan propaganda mereka. Pemimpin yang tidak menggunakan facebook, twitter, blog secara efektif, aku anggap sebagai pemimpin yang bakal ditelan peredaran zaman danakan menjadi kurang relevan kepada kita. Begitu juga bagi pemimpin yang menggunapakai facebook sekadar medium untuk upload gambar-gambar 'turun padang' dan seterusnya twitter untuk memberitahu orang ramai berapa banyak gambar 'turun padang' yang diupload difacebooknya. Ini namanya, gagal menggunapakai dan utilise kekuatan medium online seperti facebook dan twitter.

Seterusnya kita boleh lihat perubahan budaya. Yang mana rata-rata ucapan perayaan, selamat, tahniah, takziah dsbnya dizahirkan difacebook. Cukup. Terutama ucapan selamat harijadi. Cukup dengan notifikasi facebook berkaitan harijadi kita, orang ramai akan mula mengucapkan harijadi difacebook, kadang-kadang kita tak kenal pun siapa. Aku pernah membuat eksperimen kecil-kecilan dengan menukar tarikh harijadi aku ke tarikh lain. Dan didapati banyak ucapan harijadi di wall aku di hari seterusnya. Yang lebih menarik, ada antara mereka yang rapat dengan aku pun turut mengucapkan selamat hari jadi. This is the power of facebook and what we see as going to the path of total reliance on technology.

Seterusnya kita boleh lihat komunikasi dipermudahkan dan dipercepatkan. Betapa kurangnya thrill belajar diluar negara apabila berkomunikasi bersama keluarga tersayang hanya dihujung jari. Bila bertemu dengan generasi lama yang belajar diluar negara tahun 70 dan 80an, mereka berkata, suasana lain dulu dan sekarang. Betullah tu, dulu tak ada facebook. Dengan facebook, segalanya menjadi lebih mudah dan percuma! Sehinggakan terlalu mudah sampai kadang-kadang kita alami situasi dimana apa sahaja yang kita buat, diketahui oleh keluarga dirumah. Malah informasi yang kita tak mahu tersebar. Maka oleh kerana itu ia boleh mengakibatkan dua perkara. Pertama, hubungan bersama keluarga menjadi lebih rapat dan 'there's no secret between us'. Ataupun, keluarga tidak dianggap keluarga difacebook dan tidak diapprove. Terutamanya makcik-makcik yang dianggap lebih suka menjaga tepi kain kita daripada tepi kain sendiri.

Seterusnya facebook juga menjadi medium kita mencanangkan propaganda dan aktiviti kita sesama kawan. Ironinya facebook diasaskan oleh yahudi dan diwar-warkan menjadi medium pengumpulan data manusia oleh CIA, namun pantas saja aku tengok rakan-rakan muslim membuat 'event' usrah atau talk online berkaitan Islam dan pantas lagi promosi menerusi 'spam inbox atau wall' rakan-rakan lain dan lebih pantas lagi setelah event itu berakhir, mereka meng'post' borang feedback untuk mendapat penilaian umum berkaitan event tadi agar untuk event masa depan dapat dibaik pulih sebarang kesilapan. Walaupun usaha millat facebook yang berwarna hijau itu gagal mendapat perhatian umum terutamanya umat Islam, bukan kerana kita mau sokong yahudi. Tetapi aku rasa adalah kerana faktor-faktor usia, sejarah dan kelebihan application yang ada pada facebook.

Seterusnya kita boleh lihat betapa beruntungnya orang sekarang. Kerana bagi manusia, tujuan utama berkomunikasi adalah untuk didengari. To get the message across. Namun dulu, tak aa medium yang memudahkan komunikasi serupa ini. Sekarang? Ada facebook. Apa saja yang mau diluahkan, dilepaskan, biarlah apa-apa berkaitan dengan emosi, amarah, sedih, gembira atau sebagainya boleh dilepaskan difacebook. Yang lebih menarik, apa yang kita luahkan pasti akan secara langsung (apabila rakan-rakan meng'like' atau komen pada status) didengari atau secara tidak langsung (apabila tiada orang like atau komen) turut didengari kerana sistem notifikasi facebook memudahkan proses penyampaian maklumat kepada rakan-rakan kita tanpa mereka mahu atau sedari. Dengan ini wujudlah golongan 'attention seeker' yang selalunya membicarakan hal-hal hati dan perasaan mereka tanpa orang lain ingin tahu.

Jadi dengan ini aku ingin memproklamasikan facebook sebagai salah satu 'new wonder of the world' setelah mengamati kekuatan medium facebook ini.

Selamat.

5 comments:

  1. Nice entry. yg bab harijadi tu adalah sgt kelakar!

    ReplyDelete
  2. Like.

    hahaha! facebook gila kan?

    Luna K

    ReplyDelete
  3. Hidemichi: Thanks bro. Kau try la buat juga. tengok berapa yang kena. haha.

    Luna: dan Orang gila kan facebook! ;)

    ReplyDelete
  4. Bro... tambah laa sket pasal facebook dan hubungan pasangan yang berpacaran~ haha.. menarik tu beb~

    ReplyDelete
  5. Dodu: yang tu masuk bawah kategori mana haa? haha. Kau la blog tang tu. Itu perlukan separate column tu.

    ReplyDelete

Ideas in words by