Sunday, December 12, 2010

One small deed can lead to a big change.

Aku baru balik dari London. Semalam aku bermalam di Arsenal, sekali lagi di tempat Khairul. Tujuan ke London kerana mau berbincang berkaitan tentang Projek Kalsom. Alhamdulillah perbincangan berjalan lancar dah satu konsensus dapat dicapai tentang arah tuju masa depan Projek Kalsom.

Sungguh perkara-perkara kecil dapat memberikan impak besar kepada sesuatu perkara. Apa yang kita lakukan dalam skala kecil mungkin membawa lebih makna kepada diri kita. Betullah bila sasterawan negara, A. Samad Said cakap, perkara-perkara kecil yang dilakukan oleh orang besar untuk orang kecil adalah besar maknanya bagi orang kecil. Aku amat bersetuju. Sekiranya seseorang pemimpin membalas mesej twitter atau komen di blog oleh seorang rakyat pun adalah besar maknanya bagi rakyat itu. Terasa dihargai dan diberi perhatian oleh pemimpin.

Aku rasa, untuk masa depan politik yang lebih cerah, barisan pihak kerajaan Barisan Nasional perlu lebih berpegang kepada kata-kata sasterawan negara kita ini. Segala eksklusiviti perlu dibuang. Distinguishment antara pemimpin besar dan rakyat-rakyat semut perlu dilimitasikan sekecil-kecilnya dan dihapuskan seterusnya. Untuk terus berkuasa melakukan perubahan, perkara ini perlu diadaptasi. Pemimpin besar tidak sebesar mana tanpa sokongan rakyat marhaen sekalian. Jika perkara ini boleh diadaptasi oleh pasukan jentera kerajaan Barisan Nasional, nescaya akan lebih menyukarkan usaha pembangkang untuk mengambilalih Putrajaya.

5 comments:

  1. Low power distance eh? haha. Nice application of knowledge gain in the class room. ;)

    ReplyDelete
  2. Charo: hm, according to Hofstede, Malaysia has culture with large power distance, where the people accept that there is a boundary between the more powerful and the less powerful. to come up with low power distance is very difficult as we are talking about the culture. however, we can overcome it by reducing the individualism.

    reverie: sebab itulah ada yang berkata, sometimes small is beautiful :)

    ReplyDelete
  3. Faiez Ali: Yup. But it's easier said than done obviously. haha.

    Squesha: Agreed. I mean, "power distance" in our culture is mostly shaped based on a "monarchy-like" government dari dulu2 lagi. Although it's not the same as zaman parameswara dulu, but I think it somehow culturally defines the term "power distance" in our country today. =)

    ReplyDelete

Ideas in words by