Showing posts with label Entri makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Entri makan-makan. Show all posts

Friday, July 02, 2010

Only two words, to ease one's heart

Aku patut bersyukur.
Pasal kat Malaysia masih ada azan yang berkumandang lantang.
Pasal nasi dengan lauk boleh dapat dengan harga Rm5 saja.
Pasal pengangkutan awam yang affordable walau kadang-kadang tak berapa nak selesa.
Pasal masih boleh main hujan.
Pasal tetap ada gig-gig.
Pasal kelas ugama mudah didapati dan pelbagai choice.
Pasal masih ada surau, gereja dan kuil untuk diaccess oleh orang berbilang agama.
Pasal makanan setiap negeri lain-lain, unik, sedap dan murah!
Pasal ada sejuk dan panas yang tidak extreme.
Pasal peluang untuk menjadi lebih baik terbuka luas.
Pasal ada kemudahan asas yang baik. Internet, walau agak lembab.

Oh ye, semalam member payung pulut durian dengan buah durian selepas menyantap asam pedas Pokok Besar. Terbaekk!

Selamat.

Thursday, July 01, 2010

Dah tiba Melaka dan Makan-makan

Kaki menjejak. Beg dicapai, 20kg. Sarat dengan muatan untuk yang tersayang. Peluh menitis, hmm kat Malaysia dah ke? Tengok sekeliling. Naik kereta, sedang dipandu laju atas jalan raya mendekati tol. Tiba-tiba dipintas satu kereta didepan. Kurang ajar betul. Hmm, ni memang macam Malaysia ni. Mendengar azan berkumandang aman setelah sekian lama. Lalu pergi makan, nasi lemak ss2. dan bila tiba dirumah terhidang soto. Hah! Sah Malaysia! =D

Meal pertama dimalaysia. Double cheeseburger set besar. Bulan suka burger ni.
Malam tu Nasi Lemak + ayam goreng.
Then Soto + begedil, specialty Mama.

Oh, malaysia.

*Malaysia juga best.

Selamat