Monday, November 23, 2009

Post ini khas untuk rakan2 'NZ clan!'

Selamat sejahtera aku ucapkan kepada semua rakan dan taulan.

Aku pernah sekali pergi ke Johor untuk turut serta dalam satu kem untuk orang-orang yang cool. Di kem ni aku kenal ramai orang2 dari seluruh pelusuk Malaysia. Dari perlis sehinggalah ke sabah dan sarawak. Malah, roomate aku pun bertemu dgn cinta hatinya di sini. Byk juga insiden2 menarik berlaku disini.

Tiba2 aku terperasan satu benda ni. Kaler dia oren. Oren yang menyilaukan mata. Dalam satu kumpulan yang agak ramai. Macam semut. Kat belakang mereka tu ada tulis, 'NZ clan'.

Nampak first time dgn kawan2. Aku gelak terbahak2. "Poyo habis," Kata hati kecilku waktu itu. Sebenarnya kem tu tempat student2 yang nak pergi oversea akibat daripada twinning programme. Tapi belum pergi pun lagi. Sebab tu aku kata, mak aih. Semangat lebih diorang ni.

Dalam pada itu, ada seorang daripada semut2 oren itu yang aku terperasan. Macam kenal. Dia tengok aku. Aku tengok dia. Sama2 senyum. Macam dalam cerita hindi tu. Bezanya kami dua2 lelaki. Haha. Beberapa kali benda ni berlaku di beberapa tempat kami terserempak. Macam kenal, aku cakap setiap kali ternampak muka dia. Jambu jugak. Kalau kat sekolah asrama dulu, ni jenis2 jadi bijik senior je ni. haha.

entah macam mana, mamat semut berbaju oren ni aku tegur dan kami jadi kawan. Sebab kebetulan memang aku pernah nampak dia pun. Dia pernah main gig kat Melaka yang mana gig itu aku dan kawan2 aku yang organize. Patut lah macam kenal kan.

Sambung, aku sejak balik tu kadang2 ym dia. Daripada dia juga lah aku kenal seorang gadis ni. Nama dia Nur Bulan binti Hamlet. Yang mana gadis itu sampai sekarang menjadi bulan aku.

Sehinggalah membawa aku ke menginap di 'kolej' mereka. Aku lepak tumpang rumah mamat yang aku macam kenal itu. Oh ya, lupa pula. Nama dia Amar. Amar jambu. haha. Dia ada sewa rumah waktu tu kat luar kolej. Di situlah tempat pertama aku bertandang bila aku pergi ke SP buat pertama kalinya. Lalu, sejak daripada itu aku kalau pergi SP, aku akan tidur kat rumah dia. Tanpa caj. Itu yang best tu.

Bila amar pindah masuk dalam 'kolej' balik. Dia dok hostel. Maka aku pun tukar port. Daripada lepak rumah, aku lepak bilik dia pula, aku kenal lagi kawan2 dia seperti bob, syamel, wan, hakeem, tajol, mat top dan lain2 yg aku tak berapa nak ingat nama.

Seperti daripada nama bob. Apa yang kaorang bayangkan bila nama dia bob? haha. Itulah bob.
Syamel pula, brader 3 line asal kedah. Senjata rahsia dia ialah buat orang gelak sampai guling2.
Wan, ni antara gamers otai. Muka ganas tapi pernah pergi kelas pakai baju kemeja kotak2.
Hakeem, haa ini kes lain sikit. Bagi aku dia seorang kawan yang jujur dan amat pemurah.
Tajol, daripada ganu aku rasa. Pemain bolasepak peringkat daerah Kuala terengganu dulu. Kena buang padang akibat menggigit bibir pemain lawan.
Mat top. bakal pengebom berani mati di Indonesia.

Dan aku menjadi rapat dengan mereka ni. Kira macam versi rakan aku di Sungai Petani lah. Bilik kecil, tidur berempat (Aku, amar, bob dan syamel) bila aku datang lepak SP. Apa ada hal. Cuma kadang2 bila bob terkentut2 itu yang jadi hal. Babi sungguh. Kasihan aku yang biasanya tidur disebelah dia.

Ini berlarutan hampir banyak kali weekend. Dimana aku akan lepak di SP bila weekend dan di Ipoh bila weekdays. Pack kan jadual aku? haha. Sehinggalah mereka tukar luar, sewa rumah dua tingkat. Waktu ini kalau tak silap aku dah habis study kat ipoh. Tapi bila aku datang, lebih banyak ruang disediakan. Yelah, dulu bilik kecil pun mereka sudi. Ini kan rumah besar. Mereka memang berbesar hati utk menerima aku. haha.

Daripada SP juga aku kenal beberapa individu daripada spesis bergelar wanita. nama2 tak boleh didedahkan disini. Mereka ini aku kenal daripada bulan. Rakan2 bulan. Bak kata pepatah lelaki2 romantis. "kawan you, kawan i juga.".

Juga kenal beberapa daripada mereka ini daripada blog. Contoh seperti Mamma mia, zack, Ada, att. walau jika face to face, kami bercakap bahasa isyarat saje menggunakan bibir. Senyum2. Tapi bila kat blog, rancak men'gomen'. haha.

Walaupun ramai yang ada blog mereka ini. Seperti bob, syamel, ammar dan top. Mereka ni bloggers juga. Tapi jenis update satu post. Tunggu bulu tumbuh cukur balik 3, 4 kali lepas tu baru update lagi 1 post. haha.

Jadi hari ini aku nak ucapkan tahniah kat semua 'budak2 pakai baju oren' waktu kat Johor. Tahniah kerana aku dengar cerita semua lulus final. Sekarang cuti sampai januari kan. Lepas tu terbang lah kaorang. Boleh aku datang lepak New Zealand pula. hmm tapi kali ni, nak lepak rumah siapa pula? haha.

9 comments:

  1. babi.. aku x lepas dowh.. jonathan xnak overweight students.. haha.. mampos den..

    ReplyDelete
  2. hohahohahoha...
    eleh bob..cuti 2 bulan ni diet la..makan sayur tiap2 hari..nnt jumpa kt airport konfirm ak x knal da..hehhe

    psst..ak x brapa suka baju NZ Clan tu..design x lawa..ahahahah..

    ReplyDelete
  3. pki baju oren cm poyo eh? haha..mmg x suke baju tu pun...suke tagline die je, stay cool, stay cruel..
    we never know rite org yg kite jumpa sekejaplah yg kadang2 jd friends for life :

    ReplyDelete
  4. haha. bob dengan syamel memang satu gabungan pelajar melayu yang mantap.
    tua sudah diorang ni.

    ReplyDelete
  5. aha.
    xsuke2 pun sarung gak z..

    attracted 2 da title.
    best2.:P

    nway faiz, kisah ko ni, buley wat buku.watak2 yg menarik,sah laku.huhu

    ReplyDelete
  6. aku terharu.. sob2!!! aku x suka sbnrnya bju nz clan tu sbb sgt oren-ish. bape byk bju cohort kitorg hitam oren tah. lgpun baju nz clna tu kitorg dpt sbaik je smpi kt ipti.. hahaha. nur bulan? sweet! eh ko buat aku rase nak face to face dgn ko pastu TAKNAK guna bhsa isyarat senyum2 nih ah. aku igt nk borak2 dgn ko mcm dah 20 tahun knl. boleh? lalalala.. eh klu dtg nz ko duk ah kat te kotahingaq. mmg hingaq habis la. mne tak nye 50% dak ipsah duk ctu. dah jadi kampung melayu dah ha... hahaha.. tapi AWAS! bob akan kentut! lalalala

    ReplyDelete
  7. bob: kau diet la hawau! haha. kalau pasal tu tak lepas memang sedih la weh.

    zack: kau pn tk suka baju tu? haha. ;)

    att: oren tak poyo. nz clan tu poyo. ;)

    penulis sahaja: haha. iya betol! ;)

    lily: buat buku? watak tu semua idop. kalau mereka minta royalti nanti mana aku nak bayar. haha.

    mamma mia: perkampungan Melayu? yang bestnya senang nak makan. yang tak bestnya, susah sikit nak gaul nanti. Nak borak dengan aku? haha. aku ni pemalu la. Kentut bob? siapa bdak lelaki yang tak lali? ;)

    ReplyDelete
  8. bila kao nak buat entry untuk member2 di IPOH pula?

    ReplyDelete
  9. aku x kisah pn pakai bju tu even ala2 poyo sket. redah je. hehe. mktb lain pn ada jgk siap letak full name uni diorang lagi. pape pn aku 'LIKE' entri ni. nur bulan mesti lg suka. hehe.

    p/s. lps ni kitorang la plk tumpang tempat korang kt UK tu.....

    ReplyDelete

Ideas in words by