Bet dgn kawan sedapur, nak makan nasi budget selama seminggu. So, the bet is on!
Sambung cerita pasal sekolah aku yang masih cool.
Selain daripada ada padang rumput olimpik, sekolah aku ada kawasan riadah bersimen. Di situlah tempat pelajar2 menunjukkan bakat masing2 dalam pelbagai permainan. Antara permainan adalah galah panjang, teng2, cop tiang dan aiskrim soda. Permainan2 lain aku dah lupa. Kawasan riadah bersimen ni menjadi port dikala waktu rehat. Ada 2 gelanggang galah panjang. 2 teng teng. dan sejelajah susur gajah untuk bermain cop tiang. Selalunya ramai2 tukar2 permainan. Galah panjang terbahagi dua kerana selalunya budak2 yang otai2 akan main di gelanggang yang lagi satu. Yang lagi 'up'. Sementara budak baru naik main di yang lagi satu. Siapa yang cukup kick saja dapat main di gelanggang up itu.
Cop tiang permainan yang agak flexible. Tak mengira darjat atau status. Siapa yang mahu boleh main. Tapi selalunya, budak2 baru nak up akan kena buli. Dan, tiada istilah anak keladi.
Teng2 juga ada dua gelanggang. Satu yang berbentuk T. Ini gelanggang basic. Simple.Paling asas. Sama dengan maksud, baru naik. Maka budak2 baru nak belajar, dah lama belajar tapi masih bengap, tak tahu rules. semua main sini.
Gelanggang lagi satu, adalah gelanggang yang besar. lebih elegant. memerlukan lebih energy dan lebih muscle2 bertauliah dan berurat untuk dikuasai. Ini adalah gelanggang 'up'.
Seperti biasa untuk aku yang athletic dan berstamina tinggi ini. Aku budak teng2. Walaupun difikirkan sekarang, kelakar. Tapi dulu, gelanggang teng2 itu adalah tempat pertarungan. Peperangan. ah, susah aku nak describe.
Setiap kali rehat, bermain teng2 adalah satu kemestian. Buah, kami ambik daripada pokok yang ada disitu. Buat baling. Lawan. Kalah keluar. Aku dianugerahkan kebolehan. Ketinggian. Maka, kerap kali aku menang. Bangga.
Dan apabila loceng berbunyi. Semua murid bergegas berlari balik ke bilik darjah. Lalu aku disitu menggenggam buah kemenangan. Dengan azam, esok hari aku akan kembali. Kerana aku ada peperangan untuk dimenangi.
*Siapa mau 'celen' teng2 dgn aku? Ada beran?
teng teng??
ReplyDeleteaku panggil main jengket-jengket.. hahahh..
kaki panjang.
ReplyDeletesesuai main teng2
paling cool zaman aku is main bola beracun...
ReplyDeleteguna court bola tampar..x phm apa fungsinya court bola tampar tu pd kitorang..yg dtg mainnya pemuda2 kg...
hahahaha! lactobasilus! hahahaha!
ReplyDeleteaku tak le tahan gelak~ klaka la. meh kita men tengteng~ haha
zaman sekolah aku pun ada galah panjang..kitorang panggil game tu 'coh'...kool gila...
ReplyDeletedodu: jengket2? pjg sangat. tak kiut nama tu. haha.
ReplyDeleteanonymous: nak lawan ke?
Shemmi: bola beracun aku, guna captay. haha.
Luna: lactobasillus tu bukan nama bakteria ke?
wankrai: galah panjang memang cool. hehe.