Padang sekolah aku tu kalau dipusing, genap 400m. Ada track lagi. Siap di minyakkan oleh cikgu-cikgu PJ aku. Agak2 antara mereka malas, mereka suruh budak2 tolong buat. Agak2 budak2 malas masuk kelas, mereka tolong cikgu2 minyakkan padang.
Tambahan pula, padang aku ada satu pavilion. Lengkap dengan pavilion itu ada bilik setor. Kat bilik setor itu ada macam2 khazanah. Rasa best jika dapat masuk bilik setor tu. Itu yang bila cikgu PJ minta tolong ambil bola, berebut-rebut nak ambil.
Tengah2 padang pula dibahagi dua. Jika satu padang itu dikira sebagai satu padang bola. Tetapi bila dibahagi dua, akan dapat satu padang bola dan sebelah lagi padang hoki. Aku waktu sekolah rendah tak diberi penekanan pun pada aktiviti sukan. Lebih2 lagi sukan bekerjasama seperti bola sepak atau hoki ini. Aku lebih into kepada sukan2 lain yang lebih mencabar skill2 individu. Kepantasan dan kekuatan kaki. Ini nanti kita cakap di lain hari.
Aku dulu ketika di sekolah, rumah Nuri. Nuri adalah rumah terhebat. Sentiasa menang hari sukan. Warna baju warna merah. Rumah2 lain seperti Raja Udang, Punai dan Tiong memang tak boleh nak lawan la. Selalu bila hari sukan, nuri akan menang.
Apabila waktu PJ, selalunya di padang inilah kami akan bertapak. Sama ada main bola sepak atau bola jaring untuk perempuan. Atau main kejar2. Atau pun apa saja, selalunya disini lah. Kecuali bila waktu aku dapat seorang nyah sebagai cikgu PJ aku waktu darjah 2. Nama dia Idris. Tapi aku rasa, dia ingat nama dia Ida agaknya. Namun pelempang beliau ni kuat. Walaupun nyah, tapi kuat. Selalunya bila pj, idris akan suruh buat benda2 yang tak berapa nak best. Jarang2 dapat main bola. Aku amat tidak suka kalau pj dengan Idris.
Ini sajalah disini. Sampai kita bertemu diwaktu yang lain, hari yang lain. Selamat!
padang sekolah terhebat saya adalah padang sekolah Rendah Kebangsaan Padang Rumbia pekan pahang darulmakmur...poskod 26640..
ReplyDeleteapa yg hebat?
*saya paling suka waktu sukan sekolah..rumah hijau..biru..merah..kuning...maka padang ni sgt2 berjasa utk kami...
* ada pokok buah saga..saya akan berlumba dgn kwn2 waktu rehat utk kutip biji saga & main dlm kelas waktu cikgu takde..haha..hebat kan?
* ada buaian kat tepi padang... saya rindukan buaian ni...saya rindukan saat2 bermain dgn kwn2 di sini..
* waktu PJ...saya x gemar sgt sbb kena salin seluar baju byk kali...bosan..tpi yg syok..dpt main bola beracun kat court kat tepi padang sekolah...ahh..
* sesekali cikgu bawak keluar belajar di tepi padang waktu kelas...
ahh..byk sgt..x tertype..
hebatkan padang sekolah saya?...sila type vote utk padang Sek Rendah Keb Padang Rumbia yer?
^_^
alamak...terpanjang pulak..mcm tulis dlm blog sndiri jerk.. sori bro..kih3...
ReplyDeletejom lawan...
ReplyDeleteskolah rendah aku xdak padang rumput..
hari sukan jee, pegi mnumpang padang skolah lain...
hahahaha.. kool giler!!!
Aku loser sukan. Haha! Maka padang sekolah rendah dulu, walopon besar, ta de makna bagi aku. Oh.
ReplyDeleteHaha!
benci padang skolah aku kecik...
ReplyDeletexdapat main hoki...
haha
Shemmi: ada buaian? peh, cool! haha. tak apa. cakap je apa kamu nak. tapi saya masih rasa padang saya cool. ;p
ReplyDeleteDodu: haha. kau lain. kau padang basketball.
Luna: ye ke. even waktu pj? tak pe. kau artistik. lain. hehe.
hans: oh, player hoki la ni eh.