Wednesday, July 15, 2009

Permainan cop-cop iklan - Vintage beb!

Hari-hari sebelum ini banyak betul kisah2 mengancam dan menggugat keamanan. Menimbulkan kontroversi. Menaikkan darah. Menambahkan ketegangan. Silap2 kisah2 ni semua boleh kena tangkap masuk ISA.

Maka hari ini aku tulis sesuatu yang tak akan tambahkan ketegangan langsung. Apa-apa ketegangan pun tak akan ditambah. Serius! rujuk - apa2.

Dahulu waktu kecil aku kurang entertainment. Komputer ada. First beli tahun 1995. Tapi hanya boleh buka weekend saja. Itu pun 2 jam saja. PS2? huh. Kira bertuahlah kalau dapat ambil bau. Pernah dapat gaming console main Mario. Pakcik bagi kerana abang aku sunat. Tak sampai beberapa hari ibu aku pulangkan balik. Tak kasi kami main. Waktu tu memang aku menyirap. Dah dapat game, buat apa nak pulang? Nak beli bukan murah. Tapi sekarang baru aku faham kenapa dipulangkannya.

Maka pendek kata aku kekurangan entertainment. Paling menghiburkan pun aku akan main chess dengan adik2 aku. tengok siapa lebih handal. Waktu dulu memang adik aku tak boleh makan aku lah. Handal semacam ja aku ni. Tapi sejak dua menjak ni, adik aku yang form 1 tu pun tercungap-cungap aku nak kalahkan. Sebab aku kurang handal kah atau dia bertambah handal? Aku rasa yang kedua itulah. =p

Disebabkan kekurangan entertainment, aku dan adik2 akan buat game baru. Antara game-game yang dibuat ini semuanya bersifat:-
1) Mudah dimainkan. Tak perlu buku tutorial.
2) Jimat kos. Kadang2 tiada kos langsung.

Jadi contoh2 game yang kami main adalah seperti berikut:-
1) Sepit kungfu
2) Cop-cop iklan

Hari ini aku nak elaborate tentang yang kedua itu. Permainan ini senang saja. Sebab dicipta adalah untuk:
- Menguji kepantasan
- Mendapat sesuatu yang agak mustahil untuk didapati waktu itu
- Berlagak kepada adik2 lain

Aturcara permainan.
- waktu tengok cerita. Contohnya dulu cerita Dragonball pukul 9 pagi hari Sabtu.
- Sewaktu iklan bermula kami akan standby dihadapan kaca tv.
- Keluar saja iklan maka kami akan cepat2 cop. Siapa cepat cop, dia dapat.
- Bila dapat boleh berlagak. Contohnya dahulu tengah top 'solero shot'/ Gila top lah benda ni. Bila keluar iklan, siapa dapat cop. mesti buat2 makan depan yang lain dengan berlagaknya.

Tapi ada juga iklan2 yang kami tak akan cop. Bila keluar, buat bodoh seperti iklan ni tak wujud pun. Contohnya iklan2 daripada Jabatan Filem Negara. Memang haram nak cop. Iklan cerita2 drama cina. dan banyak lagi lainlah.

Haa maka dengan game itu, suasana bertambah ceria. Aku tak kisah langsung bila kawan2 cerita main game Mario ke Hugo ke. atau keluar main boling dengan keluarga. Bagi aku game aku dengan adik beradik ni lagi vintage! hahaha.

Bila besar sikit. Mula main cop-cop model iklan. Buat apa? jangan tanya! =D

Terima kasih.

Yang terkenangkan kisah lama,
-Reveriemalaya-

14 comments:

  1. ooh, solero shots!
    yg bendalah warna hijau tu kan??
    haha
    well, budak2 sekarang dah advanced main cop2 model iklan pulak :D

    ReplyDelete
  2. duh mmg best main cop2 tu..
    klo my siblings kitorg main cop2 buku...

    ReplyDelete
  3. aku men cop brg kt katalog..biar lah xbeli pon..ble da cop 2, rase brg 2 aku dpt je..zaman kecik cpat puas hati..

    ReplyDelete
  4. huuhu.. teringat tetibe.. masa kecik2.. main cop2 ayam dalam periuk.. kadang belum masak pun.. mak tengah sibuk kerat2.. dah cop nak part dada..part kepak..

    reverie.. ini dinamakan "the magic of childhoood memories"

    ReplyDelete
  5. siot je cop2 model....
    adei..
    :P

    ReplyDelete
  6. aku pon main gak..~ cop cop katalog avon! hak3..
    tp haru gak aku dulu...
    game yg budak2 main kt tv tuh..yg kene attach dulu.. (cmne eyh na decribe..die punye game tuh mcm bentuk kaset tebal semcam jek)..
    aku amik die punye game stick (ye ke nama die)
    aku main tekan2..tp bukan time main game..
    tp waktu drama tv...

    time tu aku ingatkan org drama Tv TUH GERAK COS aku yg tekan2 button kt game stick 2..

    muahaha.. innconetnyee aku!!

    ReplyDelete
  7. haha.. bez gak tu main cop2..

    tapi kami tak main cop2 ni dulu..

    kalau ko dapat bau ps2 dah cukup.. dpt main

    komp 2 jam lagi. tu kira ckupla tu. heaven.

    aku tv pun tak bdpt bau. nak cop ape. cop

    anak2 jiran sebelah la.. main "polis and theft

    je" @ atau sebutan polis entry.

    kecik2 dah gatal dah.

    ReplyDelete
  8. aku dulu kuar rumah pagi buta balek maghrib senja.

    masok hutan sana sini.adventure sunggoh.haha

    solero shots sedap.nyum2.

    cop pown jadiklaa

    ReplyDelete
  9. aku gn adik aku dulu main iklan gak. asal model die buruk ke.. makcik ke.. laju2 ckp ni cek yam! (cikin) pastu die bls dndam, ni kemak! klu dpt yg betol2 burok tu mmg kena bahan habis la. kah kah.. krg masih main lg. tapi sbb masing2 sume bljr jauh2 kan..,

    ReplyDelete
  10. keluar tajuk:

    weyh aku cakap ape dulu? next time deepset main aku ajak kau kan?

    AHAD NI. *angkat2 kening.
    ahahahahahahahaha:DDD

    ReplyDelete
  11. model iklan yg x bleh blah..
    hahaha..

    ReplyDelete
  12. dulu aku suka main congkak.
    asal balik kmpg je, main congkak kalah mati dgn sume cousin, last last tgk sape champ.
    skrg biji guli tah mana tah sepah sepah.
    pastu main monopoli lah, saidina lah, uno, BEST.
    skrg main dgn adik aku je la.
    main kejar kejar ke.
    main sembunyi sembunyi ke.

    ReplyDelete
  13. kitorang pun main cop2 iklan nih.. haha! tapi ta de la wat2 makan ke hape, cuma uji kepantasan dan memori semata.

    pastu kalo dalam kereta, journey mana2, kitorang main cari benda. hahaha!

    memang jimat dan selamat..!

    ReplyDelete
  14. liz:
    aah. yang hijau biji2 tu. antara wonders! haha.

    att ashburn:
    cop2 buku? fuh. intelectual betul. =p

    nabieyla:
    hahaha. cop katalog tak mendebarkanlah bagi aku. sebab kita boleh tahu apa keluar selepas page tu.

    shemmi:
    magic of childhood memories. yeah i like that! cop ayam? haha. rumah saya tak payah. dada memang part me and my eldest brother. kepak dan lain2 untuk beradik lain.
    =)

    api:
    haha. cop2 tak apa. tak dosa pun. =D

    sha:
    katalog avon? peh. kecil2 pun dah macam tu. heh he.

    anonymous:
    police and 'thief'. izinkan aku betulkan.
    haha. polis sentri pon aku main. congkak pun. tapi nak cerita satu2 payah gak la. tak apa, kau ada kelebihan childhood sendiri. =)

    miss d:
    fuh. adventure adventure. aku adventur lain. tak boleh cerita sini. haha.

    mamma:
    hahaha. kejam!

    sue:
    alamak. temptingnya...... nanti aku komen blog kau.

    zack:
    heh he. naluri kelelakian. faham2 lah kan? =p

    oh sara:
    permainan semua aku dah rasa. (saja nak berlagak juga!) =p

    Luna:
    iya iya. game jimat kos! haha.

    ReplyDelete

Ideas in words by