Sunday, April 25, 2010

Post Hulu Selangor

Sebelum orang Hulu Selangor trun beramai2 memilih pemimpin, aku nak cerita lagi sikit apa yang aku rasa akan jadi. Sudah selesai ceramah pung pang pung pang. Poster-poster, bendera-bendera, sepanduk-sepanduk bertebaran megah di setiap pelusuk. Ini sudah pasti. Tak perlu aku turun Hulu Selangor untuk tahu benda ni semua. Tapi apa jadi pada post-pilihanraya kecil Hulu Selangor? Apa akan jadi?

Mari kita tengok nanti dan ingat persoalan2 ini.

1) Adakah orang asli atau orang asal ini semua akan mendapat pembelaan seperti yang mereka mau?
2) Apakah pembangunan akan dapat dijalankan terus di Hulu Selangor seperti yang dicanang?
3) Apakah tiket kerusi parlimen ini akan dapat menyampaikan suara rakyat hulu selangor di dewan mulia?

Kita tak tahu jawapan pasti tapi aku boleh agak. Benda-benda yang konfem akan ada atau akan berlaku.

- Bendera, poster yang bersepah dipasang akan akhirnya jadi pudar. Kering dijemur bawah matahari dan bersepah menyepahkan jalan2 serta pelusuk2 Hulu Selangor. Benda ni kat semua tempat jadi lepas p/raya.
- Gerombolan tak kira daripada pihak mana akan meninggalkan Hulu Selangor dan tak ambil pusing sudah. Tunggu wakil rakyat itu mati dan p/raya kecil lagi sekali diadakan barulah ramai2 turun, pung pang pung pang balik cerita pasal hak orang asal.
- Warung2 cikedis, keropok lekor, minuman tin sejuk semua bungkus. Cari tempat meniaga lain atau kembali meniaga di pasar2 malam. Mungkin beli tiket kapal terbang pergi buka gerai di kwsn p/raya kecil di belah-belah Sarawak.
- Hulu Selangor kembali ke kehidupan lama seperti sebelum p/raya kecil.

Tapi tak mustahil juga kalau tiba-tiba itu wakil yang menang kasi lompat parti. Dengan alasan, pemimpin gila kuasa. Dan terus, terus, terus, terus. Perkara yang sama akan berlaku. P/raya-p/raya ini tidak banyak pun memberikan kesan kepada penduduk kecuali mak limah yang dapat mengaut keuntungan 4,5 ratus ringgit setelah meniaga apam balik. Atau Atan, budak sekolah menengah yang dapat beli kasut converse baru setelah ambil upah pasang bendera dan poster. Dan pemodal-pemodal mana parti yang menang, apa yang mereka dapat?

Hanya mereka dan perut mereka saja yang tau.

Selamat

2 comments:

  1. Sila baca post-mortem Hulu Selangor aku.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Ideas in words by