Thursday, August 13, 2009

Al-fatihah buat ustaz Asri.

Al-fatihah buat Ustaz Asri (3 Ogos 1969 - 13 Ogos 2009)

Pergi tak kembali. Hilangnya satu kelebihan dan bintang umat Islam. Beliau pergi meninggalkan kita kerana serangan Jantung ketika berlatih untuk program Syahadah.

*Nafsu menulis telah hilang. esok mahu ke Bangi untuk 4 hari. ada kurus. eh, kursus.

Assalamualaikum.

Thursday, August 06, 2009

Mengeluh

Aku juga berasa pelik seperti Hidemichi dan ramai antara kamu semua. Mengapakah tiada S.O.P untuk rawatan mereka yang mengidap simptom2 H1N1.

Aku pergi dah Hospital Sultan Abdul Halim dua hari lepas. Tapi aku dapat plastik ubat panadol, pitam, selsema, antibiotik, vitamin c, asthma. juga ubat batuk.

Aku harap doktor tu betullah bila dia kata aku ni demam biasa sahaja. Sebab aku tak nampak apa2 rawatan istimewa yang diberikan. Doktor itu cuma suruh2 aku inhale-exhale je. Pastu tanya sikit2. Pastu bagi ubat.

Huh, tiada mood menulis sebenarnya.

Terima kasih,
-ReverieMalaya-

Saturday, August 01, 2009

Review SETEM

Al-kisah cerita ini tidaklah sehebat mana. Cerita ini sememangnya filem Melayu. Ala-ala seperti filem prof sapa nama tu? yang mamak2 tu? Byk buat cerita mami-mami ja.
Cerita SETEM ini seperti tajuknya mengisahkan sebuah setem. Diulang, tak ada apa sangat pun. Cerita ini cuma sekadar mampu membuatkan aku gelak sehingga menepuk-nepuk seat sebelah yang kosong. Sebelah kanan. Menepuk dan gelak berulang kali. Cerita ini cuma sekadar membuat aku menekan-nekan perut akibat senak ketawa. Membuat aku dan rakan-rakan semuanya seramai 6 orang beserta dengan seluruh panggung gelak KUAT-KUAT. Iya, kuat tanpa segan silu. Cerita ini juga seperti cerita2 mami-mami arahan apa tu? siapa nama dia?. Cuma bezanya lawak2 cerita ini berrunsur kering-kering basah dan membuatkan aku ketawa terhibur. Haih! tiada langsung unsur muka-muka berbagai yang selalu dibuat oleh Apek mahupun Nabil dalam sifu dan tongga, kerana cerita ini tidak memerlukan komeditaraf rendah seperti itu. Hanya idea dan air liurnya sudah cukup menggeletek sendi kelaka diri aku ini. Aku tengok cerita ni tak mahal, Rm11 je. Iye, Rm11 bukan mahal sangat pun untuk cerita sebegini yang mampu membuatkan aku dan rakan2 tersenyum2, tersipu2 sejak keluar dari panggung sehingga ke tandas. Selain lawak, cerita ini juga mengandungi unsur2 sarcasm. Aku perhati dan dengar ada beberapa ayat yang mempunyai unsur2 ini. Agak berilmiah. Yang menjadikannya tiada unsur tipikal filem Prof Mami itu, ialah dalam filem ini, hampir semua watak mampu membuat anda ketawa. Gabungan karakter yang berbagai. Karakteristik yang amat tidak aku terfikir. Cina tahu cakap loghat Kedah? Buruk benor tapi kelakar.

Aduh, cerita ini juga gagal berlawanan dengan filem2 Prof Mami itu. tak layak compete langsung kerana kedua-duanya berada di level yang berlainan sama sekali. Iya, yang mana rendah yang mana level tinggi, tak perlulah aku terangkan. Dan aku buat review ini setelah menonton buat kali kedua.

=)

Yang sedang honeymoon tapi demam,
-ReverieMalaya-