Selamat petang kepada kalian. Semalam aku tidak sempat mahu menulis apa-apa. (Ahad = off day)
Ini untukmu Wanita
Wanita itu musuh terbesar lelaki namun tetap lahir dari rusuk kirinya.
Dengan niatnya mampu luluh segala darjat.
Hanya dengan senyumannya Taj mahal terbina dan dengan sedihnya hilang suatu jiwa romantis.
Tanpanya berapa empayar akan musnah?
Wanita, sepertinya kau selalu ada di dalam hidup ini.
Pandang lah semua, pandangan kedua kao perlu menutup matamu dari segala kelalaian.
Sepertinya aku lihat banyak antara kamu rendah dipermainkan lelaki.
Sepertinya ada masa di mana nafsu mu menutup segala selera kemanusiaan.
Malah ada juga waktu kau meminta jambatan emas buat dirimu.
Masa-masanya juga menyaksi betapa lemahnya kamu terhadap janji-janji.
Palsu atau tidak kau putarkanlah dalam benakmu sendiri.
Jika pandang pada alam, kita yang harus meneliti akal kita.
Apakah kewarasan bagi kita serta wanita.
Apakah perlu segala kedayusan buat kelemahan ini.
Kerana di akhir nanti kita akan sedar bahawa.
Kelemahan inilah kekuatan untuk kita.
Nafsu-nafsu mereka merupakan pendorong kita.
Permintaan mereka batas kewarasan buat kita.
Dan segala kita datangnya adalah dari kekuatan seorang wanita...
Saya amat sayangkan kamu, mama. =)
* Masih menanti malam tanpa angin yang dapat menjauhkan segala kegilaan di bawah sinarmu Bulan. =)