Kau berkata, kau berucap. Kau harap semua diam.
Kau berkata, kau berucap. Kau mahu semua faham.
Kau berkata, kau berucap. Kau agak kau saja yang tahu.
Kau berkata, kau berucap. Kau hanya tengok pada ilmumu.
Aku melihat kau berkata.
Rakanku melihat kau berkata.
Seorang mamat tersengguk-sengguk sambil kau berkata.
Yang disebelahnya cuma termenung.
Habis berkata, kau puas.
Kau senyum dan turun dari mimbarmu.
Kau tidak bisu. Ternyata.
Tapi kau buta.
Kau berkata tanpa melihat.
Lalu kau terlepas.
Yang sebenar.
Kata-kata kau,
dan debu-debu itu,
Tidak ada bezanya.
2 reaksi melampau pembaca:
ok...
Camner nak wat org dgr?
Btol2 dgr....
Payah nak stay kan audience spy trs berminat or berpk tentang apa yg kter kta...
Post a Comment
Pendapat kaorang