Aku usha tadi. Dekat nuffnang.
Hit paling tinggi minggu ini adalah sebanyak 33. Jatuh kepada label........
(drum rolling)
(Crash cymbals sound)
CERITA BLUE!!! (gaya pengacara umum pemenang)
Tahniah buat semua yang cuba-cuba google cerita blue dan end-up sini. Terima kasih kerana tambahkan hit blog aku.
Tambahan nota:
Agama dan politik itu serupa. Cuma yang membezakan adalah apabila agama bercampur dengan politik, susah agama nak betulkan politik. Tapi bila politik bercampur dengan agama, politik akan akan mengotorkan agama itu. (Tertakluk kepada keimanan pemimpin parti politik itu. Bukan generalisasi)
Rujukan- Aku rasa PAS dah ke lain perjuangan dia. Kalau dahulu boleh kata lagi, nak selamat, undi Ulama. Ikut hukum Allah bila memerintah. tapi sekarang aku musykil. Betul-betul ikut hukum Allah ke? (dan jangan rendahkan akal dengan pertanyaan 'habis UMNO ikut hukum Allah ke?' Aku tak kata pun begitu. Cuma highlight aku pada PAS) Atau lebih berat ke arah lalang. Ikut ke mana 'crowd' nya bergerak. Kalau ke kiri, ke kirilah dia. Ke kanan, kananlah dia. Kau pun tahu siapa crowdnya kan?
*Macam mana kalau nama parti nak memperjuangkan hukum hudud, boleh bersatu dengan lagi satu parti yang memperjuangkan 'Say Absofuckinglutely No to Hudud'. Ini aku tak faham kes ni.
Sekarang, siapa kita nak percaya? Next pilihan raya aku dah boleh mengundi. Tapi kelu. Betul kata BakriHafizHisham(seorang jejaka tampan lagi handal berfotografi namun sudah berpunya) - Politicans are like diapers. They must be changed once they're full of shit.
Cuma masalahnya ialah, jika yang ada jual semua diapers cuma from different brands je. Macam mana? Hah! terpulang kepada anda. Pilih, nak jenama Pampers or Luvs or Huggies or Drypers or Goodnights atau yang old-skool pakai lampin je.
Bagi aku, lebih baik dengan apa yang sedia ada. Setakat ni semua rakyat cukup makan pakai. Yang tak maju-maju tu sebab tak ada usaha sendiri. Siapa ada usaha belajar pandai-pandai dekat sekolah mesti berjaya punya. Tak payah pakai cable pun tak apa. Dah banyak contoh aku tengok depan mata. Sebab tu aku berani cakap. Kalau asyik nak merungut luar bandar ja tak faham bahasa inggeris, sampai bila pun tak akan maju. Sama macam bila tukar BM, dia akan bagi alasan pula 'kemudahan tak cukup'. Don't find excuses, but go and find ways to cure. tak kan benda tu kau tak faham?
Yang pelik kenapa Karpal tak habis-habis dengan kontroversi maki-maki(apa jadahnya dia ni?),
-reveriemalaya-
way to go
1 week ago
19 reaksi melampau pembaca:
haha.
google blue pastu sampai sini.
gila sesat kat internet.
aku pun boleh vote utk next pilihanraya.
tp aku tak pnh nk pk pun psl nak vote sape.
biaq pi lah.
jangan biar. vote, tetap kena vote. choose wisely. or at least yang ada kepentingan pada diri kau sendiri.
politic's game..gitu la
heh
ssh nk descbe bebnyk..cz bnde ne sesnstp issues
Dalam kesibukan sempat lagi updated. T/kasih le sebab 'highlight'(apa perkataan BM)cerita blog saya.
Luka sudah sembuh. Macam cerita politik,episodnya berulang-ulang :)
=D
politics in Mlaysia..the massive dirty politicss
will still on going .
they, poltician should put their self in rakyat shoes first..
not being selfish, or to jerky or even gila power..
tah la..rev, bnda nie susa na ckp.
jnji life aku ok :D
agaknya mmg hobi dia kot maki2 ni..
huuuuu..
haha, me too! next election dah boleh vote, oh bangganya ;p
tak boleh belah.
buat kie:
dah tak sensitif lagi sekarang. Sekarang dah lain permainannya dengan waktu Mahathir PM dulu. Itu obvious.
buat water lily:
saya suka cerita itu. Apa salah kongsi. bukan? =)
Hope u have the best in life.
buat sha:
Politik mana pun dirty. Malaysia tak terkecuali. Dah lain dah politik sekarang dengan waktu golongan 'lama' dulu.
buat zack:
haha. hobi yeah? mungkin. minta aku dijauhkan.
buat liz:
Hahaha. bangga buat apa?
pandai ko wat tajuk yang buat orang nak klik. dulu aku pon macam tu, sekarang kurang. haha. publisiti murahan namanya. hahaha
Hm....politik...
Mungkin kamu patut join satu hari nnt... ;p
Ya, sye pun dah bleh mengundi..
Tanggungjawag tetap tanggungjawab...
Hm..... -_-
Biar sesukar mana pun nnt...
aku nak komen part luar bandar tak pandai english tue.. emm.. reverie.. siyes mmg susah la nk cure.. cadangan aku spatutnya diorang meperketatkan usaha pemantapan bahasa inggeris dlu dikalangan pelajar baru blh buat maths n science in english.. skrang pelajar makin tdk tertarik utk bljar maths n science.. sekolah aku bknnya luar bandar sangat pun..
aku dah lihat kelemahan2 murid dalam english.. sangat parah.. mahu diubati harus bermula dari basic lagi.. semua benda perlu disuapkan dari grammar, vocab.. Vocab yg sedia ada pun diorang dah tunggang langgang..
u've to experience it urself 1st..
boleh ke dunia ini d teruskan tanpa word 'politik'? boleh??
korang cari kat youtube, search keganasan terlampau..
Lihatlah cara orang Malysia berpolitik...
Lihatlah aksi-aksi hebat pembangkang..
Kembali seratus-peratus pada agama... you will see the light.
Cuba baca-baca kisah Nabi Yusuf macam mana dia seorang Islam boleh masuk dalam kerajaan kafir dan akhirnya banyak yang peluk agama Islam yang mulia.
Gila ah dorang macam tak ada menda lain nak search. -____-
Politik itu tidak kotor. Yang kotor itu manusia yang mengambil amanah didalamnya sebagai kesempatan dan peluang. Bahagian dari dinamika politik bagaimana untuk menjatuhkan rezim yang berkuasa dengan bermaharajalela adalah dengan bersatu, saya percaya PAS punya pertimbangannya sendiri dan proses dalam membuat pakatan ini sebenarnya mengajarkan bagaimana bertoleransi dan bertolak ansur atau sebuah pendidikan berharga untuk mempersiapkan diri memegang teraju kepimpinan. Insya-Allah PAS tidak mengkrompromikan prinsip perjuangannya kerana yang paling penting sekarang bagaimana mengembalikan keadilan kepada rakyat dan membina kefahaman kerana segala sesuatu butuh proses seperti proses berjalannya dakwah nabi...Tapi bagian yang paling penting adalah memberi kritikan yang membina tidak membinasakan pada saat2 kritikal ini
buat akukopi:
sebab tu ke kau top sekarang? haha.
buat PbW:
Orang kata. jadi politician, satu kaki dah ke syurga dan satu lagi dah ke neraka. Bahaya. Iman saya tak cukup kuat.
buat anonymous:
Tahu. pernah alami. Luar bandar Sabah. Amat sedih. Ada yang bukan setakat tak tahu BI tapi kemahiran 3M pun tak master lagi.
buat kal:
kau buat kempen ye? haha.
buar hidemichi:
ini aku sokong. Konsep MLM pun daripada Rasulullah sendiri. Cuma kita tak kaji dalam je.
buat Airin:
Gila ea? haha. aah aah.
buat anwar:
kalau macam itu, macam mana agaknya baru dikira kritikan membina? lain orang lain konsep. Tapi nampak sangat kan arah perjuangannya?
Lately, sy mmg slalu tpikir pasal benda ni suma.. politik yg mungkin menyimpang or mcm hampr menyimpang or bla2... Susa ati jugak.. kite org Islam, mesti pilih Islam yg menyeluruh. Bukan separuh-separuh.. Luckily, i got the answer from sumone... Yep.. Biar lambat dan susah, janji jadi... N satu lagi, jujur sy rase, saye x kesah langsung kalau org India ke Cina ke yg jd PM one day. lgpun, apa ada dgn bangsa? Janji die nak bwk negara btl2 jd neg islam mcm zaman khalifah dlu.tp die mesti islam.
Pasal PPSMI tu, kite ketepi dulu. sudah2 la. kalau kite yakin ppsmi tu bawak kebaikan, kenapa kjaan hentikan? oh... sebab rakyat menolak. kalau betu2 bagus, kenapa perlu dengar cakap rakyat? game over.okey...Skarag nih, nak gempur isu PENDIDIKAN ISLAM di sekolah plak. Ye la... subjek ni spattnye diperkasakan bkn stakat cukup mkn. belajar utk SPM. Tak lulus pon xpe, janji BM lulus, dapat la slip exam.. Huh? Patut subjek ni diajar menyeluruh, luar dan dalam. rombak la silibus semula. biar nampak dipaksa, janji hasilnya mujarab. insyaAllah situasi sekarang yg hari2 kite dok mengeluh tu xkan ader dah kat bumi kite ni. kan?
maaf la reverie. tumpang menulis kat sini.. ape2pun, blog kamu best.
Post a Comment
Pendapat kaorang